Rumah Panjang Tangai dipilih Kampung Angkat MADANI selesai isu elektrik

LIMBANG – Rumah Panjang Tangai dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI di bawah inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang telah lama dihadapi penduduk kampung berkenaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, program tersebut merupakan antara inisiatif kerajaan menerusi peruntukan sebanyak RM500,000 untuk menaik taraf kemudahan asas serta membina keperluan infrastruktur di kampung terpilih.

Menurut beliau, masalah bekalan elektrik dan air di Rumah Panjang Tangai telah berlarutan sejak sekian lama dan pernah dibangkitkan di peringkat Persekutuan serta negeri.

“Saya melihat masalah bekalan elektrik dan air di kampung ini sudah lama berlaku.

“Perkara ini telah lama saya suarakan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri, namun sehingga kini masih belum ada penyelesaian menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu program bersama penduduk Rumah Panjang Tangai, di sini.

Hasbi berkata, pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI dilihat mampu membantu menyelesaikan isu berkenaan demi keselesaan dan kebajikan penduduk setempat.

Katanya, menerusi program itu, setiap timbalan menteri diberikan peruntukan untuk memilih kampung yang memerlukan bantuan khususnya melibatkan aspek infrastruktur dan kemudahan asas.

“Bagi saya, Rumah Panjang Tangai dipilih kerana masalah elektrik di kampung ini sudah terlalu lama tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap kontraktor yang bakal dilantik dapat melaksanakan projek berkenaan dengan baik serta menyiapkannya mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Saya berharap projek ini dapat berjalan lancar demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Related Posts

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

PADAWAN – Sambutan Gawai Brumbiak Pinyawa 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan 14 kontinjen dalam perarakan budaya yang menjadi acara kemuncak program tersebut pada Ahad. Perarakan yang bermula dari Dewan Kampung Serumah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

MUKAH – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick bakal menikmati kemudahan dewan serbaguna baharu bernilai RM500,000 menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). Timbalan Menteri Ekonomi ⁠merangkap Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa