Pan Railway Bintulu bakal pacu era baharu pengangkutan Sarawak

BINTULU — Bintulu dijangka mencipta sejarah sebagai bandar pertama di Sarawak yang mempunyai sistem kereta api menerusi cadangan pembangunan Pan Railway Bintulu melibatkan laluan dari Kidurong ke Samalaju.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek berkenaan merupakan antara perancangan strategik kerajaan negeri dalam memperkukuh sistem pengangkutan serta menyokong pembangunan ekonomi jangka panjang di kawasan itu.

Menurutnya, perkara tersebut telah dibincangkan bersama Kerajaan Persekutuan dan akan dilaksanakan menerusi pendekatan kerjasama sekiranya pembiayaan penuh tidak dapat disediakan.

“Kita sudah mengadakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berkaitan perancangan Pan Railway Bintulu yang menghubungkan Kidurong hingga Samalaju.

“Cadangan ini juga telah dimaklumkan kepada kerajaan pusat dan jika tidak dapat dibiayai sepenuhnya, kita akan mempertimbangkan pelaksanaan secara usaha sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Bintulu 2026 pada Jumaat.

Tambahnya, sistem kereta api tersebut kelak akan menjadi sebahagian daripada jaringan Pan Railway Borneo yang dirancang bagi menghubungkan kawasan strategik di seluruh pulau Borneo.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa perkembangan pesat Bintulu ketika ini adalah hasil kestabilan politik, perpaduan rakyat pelbagai kaum serta kerjasama erat antara masyarakat dan kerajaan.

“Kekuatan hubungan dengan masyarakat merupakan faktor penting bagi memastikan agenda pembangunan dan transformasi ekonomi di Bintulu dapat diteruskan secara mampan.

“Pembangunan yang kita kecapi hari ini bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil kerjasama semua pihak yang sentiasa mengekalkan keharmonian dan perpaduan,” ujarnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak