PMX beri jaminan bekalan tenaga mencukupi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan tenaga negara mencukupi walaupun ketika ini berdepan kesan krisis bekalan tenaga global akibat konflik di Asia Barat.

Kenyataan Anwar yang juga Menteri Kewangan itu susulan jangkaan bekalan tenaga negara dijangka mencukupi sehingga Julai ini, dengan kerajaan sedang melaksanakan usaha, termasuk mendapatkan sumber tenaga dari luar negara.

“Insya-Allah, cukup,” katanya kepada pengamal media selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Maju, pada Jumaat.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Jumaat memaklumkan kerajaan sedang berusaha memastikan bekalan tenaga negara dapat dilanjutkan sehingga Disember ini susulan krisis tenaga global.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, setakat ini keterjaminan bekalan tenaga negara dijangka mencukupi sehingga Julai ini dan usaha sedang dilaksanakan kerajaan, termasuk mendapatkan sumber dari luar negara.

Katanya, Petronas sedang mendapatkan sumber bekalan, termasuk ke Afrika bagi memastikan keterjaminan bekalan untuk rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Masjid Al-Muttaqin kira-kira jam 1 tengah hari dan bersalaman dengan jemaah lain.

Jemaah, termasuk kanak-kanak yang hadir turut mengambil kesempatan mendapatkan tanda tangan dan bergambar bersama beliau.

Related Posts

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji