PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni mangsa kebakaran Kampung Numbak di Dewan Serbaguna Damai, di sini pada Jumaat.

Anwar yang tiba pada pukul 1.30 petang dengan diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum bertemu dan bersalaman dengan mangsa yang terjejas akibat kebakaran.

Beliau turut diberi taklimat oleh Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Dr. Sabin Samitah mengenai perkembangan kejadian serta keadaan dan keperluan mangsa.

Dalam kunjungan itu, Anwar menyampaikan bantuan khas kewangan kepada 111 ketua isi rumah(KIR) yang terjejas, masing-masing RM1,500, selain bakul makanan yang disediakan NADMA.

Bantuan kewangan itu merangkumi RM500 melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan RM1,000 menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Terdahulu, kebakaran pada 30 Ogos lalu memusnahkan 200 rumah atas air di Kampung Numbak, manakala tiga mangsa ditemukan rentung dalam kejadian tersebut.

Related Posts

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

SHAH ALAM – Hampir 100 kedai milik pendatang asing tanpa izin (PATI) kini dalam perhatian Kerajaan Selangor. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, warganegara yang turut bersekongkol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas