IWK terima pengiktirafan Sepanyol, bukti kecekapan pengurusan air Malaysia

PENGIKTIRAFAN antarabangsa kepada Indah Water Konsortium (IWK) mencerminkan komitmen negara memperkukuh pengurusan air dan sanitasi secara mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha dalam memperkasa perkara tersebut adalah selaras Agenda Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

“Semoga kejayaan ini terus menyuntik semangat untuk memperkukuh usaha membina negara lebih lestari, inklusif dan sejahtera demi generasi akan datang,” katanya menerusi hantaran di media sosial, pada Jumaat.

Pada Khamis, IWK iaitu syarikat pembentungan nasional dilaporkan menjuarai Anugerah SDG6 pada Anugerah Air Global 2026 di Madrid, Sepanyol pada Selasa lalu.

Anugerah itu bagi mengiktiraf penyertaan syarikat bagi ‘Solar-powered Sanitation: No Upfront Cost, Cuts Emissions’ yang mempamerkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui mampu memperkukuh prestasi operasi rawatan air sisa kumbahan, selain memacu pembangunan infrastruktur mapan serta memperkukuh daya tahan kewangan.

Program yang memenangi anugerah itu membabitkan pelaksanaan sistem tenaga solar di 16 loji rawatan kumbahan di seluruh negara menerusi model inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Inisiatif itu menjana kapasiti tenaga solar sebanyak 6.3 megawat puncak (MWp) dan menghasilkan kira-kira 7,700 megawat sejam (MWh) tenaga boleh diperbaharui setiap tahun bagi menyokong rawatan hampir 148 juta meter padu air sisa kumbahan setiap tahun.

Inisiatif itu dijangka menjimatkan hampir RM41.8 juta kos elektrik daripada grid, selain mengurangkan lebih 5 gigaram (Gg) pelepasan karbon dioksida setiap tahun.

Related Posts

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

SELAYANG – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mengadakan tinjauan sulung ke beberapa kawasan di Selayang yang mempunyai premis dan penempatan komuniti Rohingya bagi mendapatkan gambaran sebenar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

SEJAK kebelakangan ini, muncul suara-suara sinis yang mendakwa kerajaan hari ini tidak membawa perubahan besar kepada rakyat. Ada yang mengatakan semua pengumuman hanyalah kosmetik. Ada yang mendakwa kehidupan rakyat tetap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran