Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pengisytiharan cuti gantian itu berikutan tarikh sambutan kemuncak serta Hari Kelepasan Am (Cuti Peristiwa) pada 25 Oktober jatuh pada Ahad.

“Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari berikutnya, Isnin, 26 Oktober ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini hari ini.

Ahmad Fadzli berkata, sambutan Jubli Perak turut dijadualkan berlangsung bermula 28 September hingga 1 November depan sebagai tanda taat setia, penghormatan dan rasa kesyukuran seluruh pentadbiran serta rakyat jelata di bawah naungan pemerintahan baginda.

Ahmad Fadzli berkata, acara kemuncak sambutan akan berlangsung pada 25 Oktober bersempena dengan genap 25 tahun pemerintahan baginda, yang melibatkan tiga istiadat utama.

Tiga istiadat berkenaan adalah Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama berserta 21 das tembakan, Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor serta Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor.

Di samping itu, Ahmad Fadzli berkata, antara program utama lain yang turut diatur dalam bentuk kemasyarakatan dan kebajikan iaitu Program Menyantuni Anak-Anak Yatim Kembara Semenanjung, Perasmian Taman Mesra Autisme, Program Larian Kita serta Majlis Jamuan Teh Diraja

“Selain itu turut dilaksanakan program berbentuk kerohanian iaitu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat serta Multaqa dan Forum Perdana Ehwal Islam.

“Turut diatur program berbentuk warisan dan dokumentasi sejarah antaranya Majlis Pelancaran Sampul Surat dan Setem Khas, Duit Syiling Peringatan serta pelancaran buku Menjulang Takhta,” katanya.

Bagi program berbentuk sukan dan pembangunan bakat, Ahmad Fadzli berkata antaranya yang akan dilaksanakan adalah Majlis Perasmian Kelab Polo dan Ekuestrian Selangor, Kejohanan Polo Piala Jubli Perak Sultan Selangor serta Perlawanan Liga Bola Sepak bawah 15 tahun.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rangkaian sambutan tersebut akan melabuhkan tirai pada 1 Nov menerusi Istiadat Menjunjung Duli Sempena Pemasyhuran Gelaran Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor serta Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor.

Dalam pada itu, Ahmad Fadzli berkata, bagi menzahirkan prinsip tadbir urus berhemah, kerajaan negeri menjunjung penuh titah Sultan Selangor agar keseluruhan sambutan tersebut dilaksanakan secara sederhana, berhemah dan berimpak tinggi tanpa sebarang pembaziran.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan