PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

SHAH ALAM – Hampir 100 kedai milik pendatang asing tanpa izin (PATI) kini dalam perhatian Kerajaan Selangor.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, warganegara yang turut bersekongkol dengan PATI ini juga bakal menerima akibatnya.

“Hari ini tidak ada gempuran sebab kami atur perjumpaan dengan Pengarah Perlesenan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

“Kami mahukan penjelasan, menurut Tuan Pengarah prosedur MPHS jelas iaitu tiada lesen perniagaan diberikan kepada warga asing dan pelarian.

“Maknanya sekarang ada orang tempatan yang menyewakan lesen secara Ali Baba kepada PATI ini semua. Satu tindakan khianat yang memberi kesan buruk kepada negara.,” katanya menerusi Facebook pada Jumaat.

Saifuddin menyatakan antara lokasi yang menjadi perhatian ialah di sekitar Bukit Sentosa dengan pelbagai maklumat lain sedang dikemas kini.

“Kami pasti akan datang gempur, orang tempatan yang melindungi mereka juga wajib diberikan amaran,” tegasnya lagi.

Terdahulu, berdasarkan rekod di daerah Hulu Langat, terdapat kira-kira 9,515 orang etnik Rohingya yang dikenal pasti berada di beberapa lokasi, dengan jumlah lebih tinggi direkodkan di kawasan bandar seperti Ampang, Kajang dan Cheras.

Kerajaan negeri turut menegaskan tidak pernah membenarkan pemberian lesen perniagaan atau pemilikan aset kepada golongan berkenaan, namun terdapat situasi mereka tinggal di premis atau tanah yang disewa daripada pihak tempatan.

Hal ini menimbulkan kesukaran apabila terdapat dakwaan wujud penglibatan pihak tempatan yang melindungi serta membantu mereka kekal berada di sesuatu kawasan.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan