Kerajaan perkukuh usaha pastikan bekalan tenaga kekal mencukupi

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhebat usaha bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal mencukupi sehingga Disember ini susulan ketidaktentuan global akibat konflik di Asia Barat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat ini keterjaminan bekalan tenaga negara dijangka mampu bertahan sehingga Julai, manakala beberapa langkah segera sedang dilaksanakan termasuk mendapatkan sumber bekalan tambahan dari luar negara.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, pendekatan penjimatan penggunaan tenaga turut diberi perhatian bagi memastikan bekalan minyak dan gas negara dapat digunakan dalam tempoh lebih panjang.

“Kita mahu mengurangkan penggunaan dan menjimatkan sebenarnya penggunaan tenaga, supaya kita dapat memanjangkan tempoh hayat bekalan minyak serta gas kita.

“Setakat ini, insya-Allah keterjaminan bekalan tenaga kita sehingga Julai.

“Petronas sedang bertungkus lumus mendapatkan sumber bekalan, malah terpaksa pergi ke Afrika sekalipun, insya-Allah kita akan dapat keterjaminan bekalan tenaga kita sehingga Disember depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan inisiatif Rebat Solar dan Bantuan Insentif Kelestarian (SuRIA) Home pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Setiausaha PETRA, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli.Mengulas lanjut, Fadillah berkata, krisis tenaga global ketika ini dijangka memberi kesan besar kepada pelbagai sektor ekonomi dan rantaian bekalan antarabangsa.

Beliau berkata, kekurangan bekalan bahan mentah tertentu akan memberi impak kepada industri lain termasuk sektor perubatan serta pembuatan.

“Banyak akan terasa kesannya dalam fasa kedua dan ketiga disebabkan kurangnya bekalan, maka ia memberi kesan pada sektor lain seperti perubatan sebab plastik diperlukan untuk pembungkusan dan juga banyak perkara lain.

“Begitu juga (sektor) pembuatan dan sebagainya, ini sudah pasti memberi kesan kepada rakyat keseluruhannya, apatah lagi negara kita juga terkesan dengan subsidi yang begitu besar terpaksa ditanggung kerajaan demi mengekang kesannya kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bermesyuarat setiap minggu sedang meneliti langkah terbaik bagi mengurangkan kesan krisis terhadap ekonomi negara.Katanya, pelbagai sesi libat urus turut dijalankan bersama sektor berkaitan bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Inilah yang kita laksanakan dan ia memerlukan kerjasama semua, setiap lapisan masyarakat perlu melaksanakan tanggungjawab mereka, khususnya apabila kita melaksanakan kerja di rumah (BDR), bekerjalah bersungguh-sungguh di rumah dan bukannya di luar rumah,” katanya.

“(Mesyuarat MTEN) juga untuk melihat bagaimana kerajaan dapat membantu mengurangkan kesan terbabit, memastikan kelangsungan perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Related Posts

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

KANGAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan akaun media sosial palsu yang menyamar menggunakan nama agensi kerajaan bagi menawarkan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau bantuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar