Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas.

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Wanita PKR, Sangetha Jayakumar berkata, kesetiaan kepada prinsip perjuangan parti dan agenda Reformasi tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pimpinan mahupun ahli yang diberi mandat oleh rakyat atas tiket PKR.

Beliau berkata, pendekatan politik bermuka dua yang didakwa sedang dimainkan segelintir pimpinan bukan sahaja menjejaskan kestabilan parti, malah mengkhianati kepercayaan akar umbi yang selama ini membina perjuangan PKR.

“Wanita PKR memandang serius tindakan dan pendekatan politik ‘dua kolam’ yang dilihat sedang dimainkan oleh segelintir pimpinan.

“Permainan politik seumpama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan parti, malah mengkhianati kepercayaan anggota akar umbi yang telah bertungkus-lumus membina wadah perjuangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wanita PKR menamakan enam Ahli Parlimen terbabit iaitu Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, Wong Cheng (Subang), Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Kesavan Subramaniam (Sungai Siput) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).

Menurut Sangetha, kehadiran mereka pada majlis pengumuman pimpinan Parti Bersama Malaysia (Bersama) menyebabkan kedudukan dan kesetiaan mereka dipersoalkan dalam kalangan kepimpinan serta akar umbi parti.

Beliau berkata, sekiranya hala tuju politik keenam-enam Ahli Parlimen itu tidak lagi selari dengan prinsip institusi Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perjuangan PKR, langkah paling terhormat ialah melepaskan keanggotaan parti secara sukarela.

“Sekiranya idealisme dan hala tuju masa depan individu-individu ini sudah tidak lagi selari dengan prinsip institusi Presiden dan KPI perjuangan PKR, jalan paling terhormat adalah untuk mereka melepaskan keanggotaan parti secara sukarela dengan serta-merta.

“Mereka tidak perlu terus menjadi duri dalam daging kepada parti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Wanita PKR tidak akan teragak-agak mendesak Lembaga Disiplin Parti dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengambil tindakan tegas termasuk pemecatan sekiranya dakwaan pengkhianatan terhadap parti terus berlaku.

Katanya, PKR tidak dibina sebagai platform untuk mana-mana individu mengutamakan survival politik peribadi melebihi agenda perjuangan rakyat dan parti.

“Pengajaran lalu telah mematangkan kita bahawa tiada ruang lagi untuk pengkhianatan berbentuk baharu di dalam rumah Reformasi ini,” katanya.

Related Posts

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Kesalahan dan kelemahan pemimpin Melayu tidak boleh dihalalkan dengan menjadikan DAP sebagai alasan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali. Beliau berkata, walaupun DAP…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelesaikan siasatan dalaman berhubung pemergian seorang pelajar di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu