Isu UEC: Autonomi universiti kekal utamakan markah SPM

PUTRAJAYA – Pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan lepasan tahfiz yang memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program tertentu, kekal tertakluk kepada dasar semasa kerajaan serta syarat ditetapkan universiti. 

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, syarat itu terpakai, khususnya dalam bidang berkaitan bahasa, kebudayaan dan agama,

Menurut beliau, mereka juga tertakluk keperluan wajib bagi calon untuk lulus subjek Bahasa Melayu (BM) dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Langkah sedemikian perlu dilihat sebagai intervensi khusus tanpa mengabaikan dasar pendidikan kebangsaan. MQA sentiasa menyokong usaha kementerian untuk memperkasa dan memartabatkan SPM sebagai laluan terbaik bagi pelajar Malaysia.

“Ini terutama bagi tujuan kemasukan ke sektor awam dan institusi pendidikan tinggi tempatan. SPM tetap menjadi asas penting dalam sistem pendidikan kebangsaan dan kerajaan tidak pernah mengetepikan kepentingannya,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohammad Shatar berkata, scara prinsip, setiap IPTA punya autonomi untuk menetapkan kriteria kemasukan khusus masing-masing yang mewajarkan pelajar aliran pendidikan berkenaan perlu memiliki pencapaian SPM lebih tinggi, bukan sekadar melepasi syarat minimum.

Jelasnya, pelajar perlu memahami landskap persaingan dalam permohonan yang lazimnya tidak hanya menilai kelayakan minimum bagi
kemasukan ke semua program dan bidang pengajian.

“Ia bagi memperoleh merit lebih baik semasa memohon program berkaitan selain pelaksanaan akreditasi MQA adalah berasaskan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) di mana Falsafah Pendidikan Kebangsaan sentiasa mendasari elemen kualiti kerangka terbabit.

“Sebagaimana falsafah berkenaan menuntut pendidikan sebagai satu usaha berterusan termasuk pada peringkat pengajian tinggi, pemupukan semangat kewarganegaraan turut diutamakan menerusi dasar KPT berkaitan Mata Pelajaran Umum (MPU), selain komponen wajib universiti yang ditetapkan berdasarkan aspirasi setiap IPTA,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan bersetuju membuka laluan kemasukan ke IPTA kepada pelajar lepasan sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) bagi mengikuti program pengajian tertentu.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai sebahagian usaha memperkasa akses pendidikan tinggi negara secara lebih inklusif tanpa menjejaskan standard akademik dan kualiti sistem pendidikan tinggi.

KPT berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri turut bersetuju supaya calon daripada aliran terbabit yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dikendalikan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta diperakui KPM, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program tertentu di IPTA.

Bagi lepasan sekolah atau institusi tahfiz, antara program dikenal pasti ialah Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah, Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz serta Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah).

Bagi lepasan SMPC serta UEC pula, antara program yang dikenal pasti ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina serta Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.

Ia bagi memberikan akses pendidikan tinggi yang inklusif, adil dan berkualiti kepada semua pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke IPTA selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan