Gajah Borneo ditemukan mati, gading dipercayai dipotong

TONGOD – Kematian seekor gajah Borneo jantan di kawasan hutan nurseri dalam Hutan Simpan Sungai (Sg) Pinangah di sini dipercayai mempunyai unsur jenayah hidupan liar apabila haiwan berkenaan ditemukan tanpa gading dan mengalami kesan torehan pada bahagian kepala.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, beliau memandang serius dan berasa sedih terhadap kejadian yang menimpa spesies dilindungi itu.

Menurutnya, pemeriksaan awal di lokasi kejadian dijalankan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah pada 18 Mei lalu bermula pukul 12.13 tengah hari hingga 3.30 petang dengan kerjasama Renjer Komuniti serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pasukan Hidupan Liar Kinabatangan menerima aduan kira-kira pukul 8.25 pagi berhubung penemuan bangkai seekor gajah yang disyaki berkait dengan jenayah hidupan liar.

“Maklumat awal mendapati pada 17 Mei kira-kira pukul 5.30 petang, kakitangan sebuah ladang di Tongod terdengar bunyi letupan kuat, namun pemeriksaan tidak dapat dilakukan segera berikutan hujan lebat berterusan sepanjang malam,” ujarnya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Jafry berkata, keesokan paginya kira-kira pukul 6.30 pagi, pengurus ladang bersama kakitangan menjalankan pemantauan sebelum menemukan bangkai gajah terbabit dengan sebahagian kepala dan gadingnya hilang dipercayai dipotong secara sengaja.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati gajah itu ialah gajah Borneo jantan (Elephas maximus borneensis) dengan anggaran ketinggian 2.9 meter serta saiz tapak kaki 1.45 meter.

“Bahagian muka dan mulut gajah dipotong membentuk corak seperti huruf L menggunakan alat tajam, manakala gadingnya dipercayai telah dipotong dan dibawa keluar,” kongsinya.

Tambah Jafry, kesan torehan turut ditemui pada bahagian kepala haiwan itu, namun setakat ini tiada kesan tembakan ditemukan pada bahagian tubuh yang telah diperiksa.

Katanya, hujan lebat ketika kejadian dipercayai menyukarkan pihak penyiasat mengesan jejak dan bahan bukti di lokasi kejadian.

“Punca sebenar kematian masih belum dikenal pasti dan proses bedah siasat serta siasatan lanjut sedang dijalankan JHL Sabah,” katanya.

Jafry menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi perlu diambil sekiranya siasatan mengesahkan berlaku aktiviti pemburuan haram, pemotongan gading atau kesalahan lain melibatkan hidupan liar.

“Gajah Borneo merupakan antara spesies ikonik dan dilindungi di Sabah serta memainkan peranan penting dalam biodiversiti negeri ini.

“Sebarang ancaman terhadap kelangsungan hidup spesies ini perlu dipandang serius,” katanya.

Beliau turut mengarahkan JHL Sabah mempergiat siasatan, memperkukuh operasi penguatkuasaan dan rondaan, selain meneruskan kerjasama dengan PDRM khususnya di laluan pergerakan hidupan liar dan kawasan berisiko tinggi.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pegawai JHL Sabah, Renjer Komuniti, PDRM dan pihak terlibat yang bertindak segera menjalankan siasatan lapangan.

“Kerajaan Sabah tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk jenayah hidupan liar dan akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi penguat kuasa serta pihak berkepentingan bagi melindungi khazanah hidupan liar negeri ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya.

Related Posts

Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

MELAKA – Kerajaan negeri mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya bantuan persekolahan terhadap pelajar yang kerap ponteng sekolah ditarik balik sebagai langkah menangani isu ketidakhadiran berterusan dalam kalangan pelajar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM fail rayuan kes anak bekas MB Perlis dibebaskan

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini hari ini yang melepaskan dan membebaskan anak bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

SPRM fail rayuan kes anak bekas MB Perlis dibebaskan

SPRM fail rayuan kes anak bekas MB Perlis dibebaskan

Polis siasat dakwaan provokasi semasa program dialog rakyat di Arau

Polis siasat dakwaan provokasi semasa program dialog rakyat di Arau

72 pemenang pingat terima insentif RM383,116 dari Kerajaan Negeri Sabah

72 pemenang pingat terima insentif RM383,116 dari Kerajaan Negeri Sabah

Sukan SEA 2027: RM636.5 juta diperuntuk naik taraf 11 kemudahan sukan

Sukan SEA 2027: RM636.5 juta diperuntuk naik taraf 11 kemudahan sukan

Bekas Pengarah JANS dipenjara 96 tahun, denda RM284.3 juta

Bekas Pengarah JANS dipenjara 96 tahun, denda RM284.3 juta