42 rakaman audio, 11 video dikemukakan dalam prosiding kes Zara

KOTA KINABALU – Sebanyak 42 rakaman audio dan 11 rakaman video dikemukakan sebagai barang bukti dalam prosiding inkues Zara Qairina di Mahkamah

Peguam mewakili ibu Zara, Shahlan Jufri berkata, tujuh daripada rakaman audio itu dimainkan di hadapan mahkamah semalam ketika pemeriksaan seorang saksi pakar forensik.

Menurutnya, rakaman berkenaan mengandungi perbualan telefon antara Zara dan ibunya yang menyentuh pelbagai perkara termasuk pelajaran, peperiksaan serta hal lain.

“Keseluruhan rakaman audio yang kami terima daripada ibu Zara berjumlah 42.

“Bagaimanapun, hanya tujuh rakaman sempat dimainkan semalam kerana tempoh keseluruhan audio mengambil masa kira-kira dua jam,” katanya dalam sidang media selepas inkues Zara Qairina, di Perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada Selasa.

Tambahnya, pemeriksaan terhadap saksi forensik bermula sekitar pukul 3 petang kemarin dan menyebabkan masa tidak mencukupi untuk memainkan semua rakaman.

Katanya, kesemua rakaman audio itu akan dimainkan secara berperingkat dalam prosiding seterusnya.

Menurut Shahlan, rakaman audio berkenaan turut disertakan bersama transkripsi yang disediakan pasukan peguam bagi memudahkan rujukan mahkamah.

“Prosiding hari ini diteruskan dengan keterangan seorang ahli keluarga Zara iaitu kakak iparnya.

“Dalam prosiding sebelah pagi, mahkamah turut memainkan 11 rakaman video yang dibekalkan saksi berkenaan.

“Video itu memaparkan Zara bersama sepupu-sepupunya ketika sambutan Aidilfitri dan sepanjang bulan Ramadan,” jelasnya.

Tambahnya, beliau enggan mengulas lanjut kandungan keterangan saksi kerana pemeriksaannya masih belum selesai.

“Petang ini prosiding akan disambung semula dengan saksi yang sama.

“Kami tidak dapat mendedahkan butiran lanjut sehingga beliau selesai memberikan keterangan di mahkamah,” ujarnya.

Dalam pada itu, baki lebih 30 rakaman audio dijangka dimainkan menerusi beberapa saksi lain termasuk ibu Zara yang menyimpan dan merakam perbualan berkenaan.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit