Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

PUTRAJAYA – Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan penambahbaikan syarat pengambilan perajurit muda bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat negara ini menyertai perkhidmatan ketenteraan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman berkata, antara penambahbaikan yang diperkenalkan ialah peningkatan had umur kemasukan daripada 25 tahun kepada 30 tahun serta memberi peluang kepada mereka yang berkaca mata.

Beliau berkata, syarat ketinggian minimum lelaki pula diturunkan kepada 1.57 meter berbanding 1.62 meter sebelum ini, manakala had Indeks Jisim Badan (BMI) pula ditetapkan hingga 28 berbanding sebelum ini 26.9.

“Penambahbaikkan ini sudah pun dilaksanakan bertujuan memperluaskan peluang kepada rakyat Malaysia yang berpotensi dan berkelayakan untuk menyertai perkhidmatan Tentera Darat.

“Setiap calon akan melalui proses penilaian dan latihan ketat bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar memenuhi standard TDM diserap ke dalam perkhidmatan.

“Fokus utama TDM bukan hanya kepada jumlah anggota tetapi juga kualiti, kepakaran dan keseimbangan struktur tenaga manusia bagi memastikan setiap Kor dan Rejimen berada pada tahap kesiagaan optimum,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 di Port Dickson, Negeri Sembilan, hari ini.

Azhan menjelaskan, pendekatan itu juga mencerminkan komitmen organisasi berkenaan untuk menjadi pasukan lebih inklusif, progresif dan mampan tanpa menjejaskan tahap profesionalisme serta kesiagaan tempur.

Beliau yakin penambahbaikan itu mampu meningkatkan antara 10 hingga 20 peratus permohonan baharu memandangkan setiap tahun 10,000 permohonan diterima, namun selepas melalui tapisan awal – termasuk pemeriksaan kesihatan – hanya kira-kira 3,000 calon berjaya melepasi syarat ditetapkan.

Related Posts

Hukuman pensyarah rompak bank, tembak mati pengawal keselamatan kekal

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun terhadap seorang bekas pensyarah kolej atas kesalahan membunuh dan melepaskan tembakan ketika melakukan rompakan bank, empat tahun lalu. Panel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Asyraf Wajdi bengang netizen pandang ‘cikai’ terhadap pelajar tahfiz

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas tindakan segelintir pihak yang memperlekeh kemampuan pelajar tahfiz susulan usaha agensi tersebut mengangkat martabat mereka sebagai golongan profesional termasuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

  • By Ynom
  • May 18, 2026
NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI