Op Mabuk: 2 lelaki ditahan, 14 saman dikeluarkan

SANDAKAN – Dua lelaki tempatan ditahan disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di sekitar Batu 4, Jalan Utara, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Sandakan, George Abd Rakman berkata, operasi itu dijalankan oleh seorang pegawai kanan bersama 11 anggota trafik IPD Sandakan.

Menurutnya, kedua-dua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.

“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000 serta tidak melebihi RM30,000.

“Selain itu, pesalah juga boleh hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 14 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang operasi berkenaan.

Katanya, pemeriksaan menyeluruh dilakukan terhadap semua pengguna jalan raya bagi memastikan undang-undang dan peraturan jalan raya dipatuhi sepenuhnya selain mengesan kesalahan lain.

Dalam pada itu, George menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas demi keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Related Posts

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

KOTA BELUD – Taman Perindustrian Kota Belud (KBIP) dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Sabah, khususnya penduduk di daerah tersebut apabila ia mula beroperasi kelak. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

KOTA KINABALU – Pusat sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus memainkan peranan penting sebagai hab komuniti dengan pelbagai program bermanfaat yang membantu masyarakat setempat termasuk dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

  • By Ynom
  • May 18, 2026
NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI