PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

KOTA KINABALU – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah menafikan satu siaran langsung yang menggunakan halaman Facebook ‘PKR Sabah’ sebagai kenyataan rasmi parti di peringkat negeri.

‎Menurut kenyataan media dikeluarkan Pengarah Komunikasi MPN PKR Sabah, Guntur Sangkar, siaran bertajuk ‘Pengumuman Hala Tuju Politik Rafizi Ramli & Nik Nazmi Ahmad’ itu tidak mewakili pendirian rasmi kepimpinan negeri parti berkenaan.

‎“Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah ingin menegaskan bahawa siaran tersebut bukan kenyataan rasmi MPN PKR Sabah dan tidak mewakili pendirian rasmi kepimpinan negeri.

‎“Siaran tersebut juga tidak dibincang atau diputuskan dalam mana-mana mesyuarat rasmi MPN PKR Sabah,” katanya.

‎Kenyataan itu dimuat naik pada Ahad menerusi laman media sosial rasmi Penerangan PKR Sabah.

‎Dalam pada itu, beliau berkata, PKR Sabah menghormati hak serta pandangan semua pihak dalam parti, namun sebarang pendirian rasmi organisasi negeri hanya akan disampaikan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepimpinan negeri atau wakil diberi mandat.

‎Tambahnya, PKR Sabah kekal komited memperkukuh parti selain memastikan kestabilan organisasi terus terpelihara.

‎“PKR Sabah akan terus memberi fokus kepada agenda perjuangan serta kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

‎Terdahulu, kemelut dalaman PKR Sabah dilihat semakin ketara selepas pemilihan parti 2025 apabila beberapa cabang dan pimpinan negeri dipercayai mempunyai pendirian berbeza berhubung hala tuju politik Datuk Seri Rafizi Ramli, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kewujudan kelompok tertentu dalam parti di negeri ini.

  • Related Posts

    Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

    PUTRAJAYA – Kerajaan disarankan supaya melakukan perbincangan meja bulat bersama pakar undang-undang dan pihak berkaitan bagi merangka peraturan lebih kukuh dalam kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Ketua Penerangan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

    PUTRAJAYA – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyokong usaha kerajaan membanteras rasuah serta memperkukuh integriti dan tatakelola negara, termasuk melalui pengenalan instrumen perundangan lebih tegas bagi melindungi aset dan dana…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

    e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

    Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

    Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

    Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

    Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

    Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

    Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

    Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

    Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

    Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

    Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa