Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

KUANTAN – Larangan menghina sahabat Nabi SAW adalah jelas seperti dinyatakan dalam hadis sahih.

Perbuatan seumpama itu tidak boleh hanya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata, bahkan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang perlu diambil terhadap pelaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah berkata, hanya individu atau kumpulan dikenali sebagai Syiah dan berfahaman Khawarij sahaja yang ‘berani’ melakukan perbuatan menghina sahabat Nabi SAW.

“Perkara ini bukan sesuatu yang ringan kerana penghinaan dibuat itu adalah merujuk kepada sahabat Rasulullah SAW yang sudah dijanjikan syurga oleh Allah.

“Adalah tidak bijak apabila seorang Islam yang dikatakan mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam, sanggup menjadikan sahabat Nabi SAW sebagai bahan dalam ceramah mereka di pentas umum.

“Ini bukan satu tindakan yang cerdik, bahkan kita boleh katakan bahawa ia adalah satu bentuk keceluparan yang amat malang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada kontroversi membabitkan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menghina sahabat Nabi SAW ketika satu ceramah di Terengganu, baru-baru ini.

Bekas Ketua Dewan Ulama Pas itu bagaimanapun sudah memohon maaf atas tindakannya dan mengakui ia kesilapan akibat tidak cermat dalam mengeluarkan ucapan.

Nik Zawawi juga sudah dipanggil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dirakam keterangan.

Dalam pada itu, Ahmad Irshadi memaklumkan, satu bantahan secara besar-besaran boleh dibuat terhadap sikap Shli Parlimen Pasir Puteh berkenaan sebagai tanda solidariti dalam kalangan umat Islam.

Katanya, pelbagai pihak juga sudah tampil membuat laporan polis sejak isu itu tercetus dan siasatan segera wajar dilakukan.

“Saya difahamkan perkara ini sudah mendapat perhatian pihak polis dan Ketua Polis Negara juga memaklumkan Nik Zawawi sedang dalam perhatian pihaknya.

“Jadi saya fikir ia adalah berasas untuk tindakan undang-undang bersesuaian diambil sebagai pengajaran kepada orang lain,” katanya.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri