Konvensyen PH jadi medan perkukuh semangat Kerajaan Perpaduan

JOHOR BAHRU – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung hari ini menjadi platform untuk memperkukuh semangat perpaduan serta membincangkan hala tuju gabungan itu menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Pengarah Konvensyen PH 2026, Datuk Fahmi Fadzil berkata, konvensyen yang kali terakhir diadakan empat tahun lalu itu menghimpunkan wakil dan pembahas dari seluruh negeri selain pimpinan utama gabungan berkenaan.

Beliau berkata, antara pengisian utama konvensyen ialah ucapan daripada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijangka menyampaikan mesej dan semangat kepada seluruh pimpinan serta akar umbi parti.

“Kita akan sama-sama mendengar mesej, intipati dan semangat yang ingin beliau sampaikan kepada kita.

“Bukan sahaja bagi menghadapi pilihan raya negeri yang mungkin berlangsung dalam masa terdekat, sama ada bertanding di semua atau sebahagian kerusi, tetapi juga mengenai hala tuju kita bersama dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam ucapan pembukaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada Johor), pagi tadi.

Fahmi berkata, pencapaian Kerajaan MADANI setakat ini tidak boleh dinafikan atau diketepikan, malah perlu dijadikan asas untuk memperkukuh keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Beliau turut menyeru seluruh perwakilan dan penyokong yang hadir agar pulang dengan semangat baharu dan iltizam untuk terus membina negara yang adil serta menjamin masa depan lebih baik kepada rakyat Malaysia.

“Kepada semua rakan-rakan yang hadir dari dekat dan jauh, pulanglah ke tempat masing-masing dengan semangat baharu dan iltizam yang satu agar kita dapat membina sebuah negara yang benar-benar adil untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mewakili sekretariat konvensyen memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program berkenaan yang dirancang sejak beberapa bulan lalu.

“Insya-Allah, internet dalam dewan sepatutnya berada dalam keadaan baik,” katanya berseloroh sebelum menutup ucapan.

Related Posts

Tali sudah dipotong, PH Johor mesti berkayuh sendiri – Aminolhuda

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan bahawa PH Johor perlu kembali berdiri atas kekuatan sendiri susulan perkembangan politik semasa yang dilihat mengubah landskap kerjasama antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI berani ambil langkah tidak popular demi rakyat – Amirudin

JOHOR BAHRU – Kerajaan MADANI berani mengambil langkah yang dilihat tidak popular termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tali sudah dipotong, PH Johor mesti berkayuh sendiri – Aminolhuda

Tali sudah dipotong, PH Johor mesti berkayuh sendiri – Aminolhuda

Kerajaan MADANI berani ambil langkah tidak popular demi rakyat – Amirudin

Kerajaan MADANI berani ambil langkah tidak popular demi rakyat – Amirudin

SPM bukan penentu mutlak masa depan – Ahmad Fadhli suntik semangat pelajar Sri Gading

SPM bukan penentu mutlak masa depan – Ahmad Fadhli suntik semangat pelajar Sri Gading

Konvensyen PH jadi medan perkukuh semangat Kerajaan Perpaduan

Konvensyen PH jadi medan perkukuh semangat Kerajaan Perpaduan

Anwar dijadual sampaikan amanat pada Konvensyen PH 2026

Anwar dijadual sampaikan amanat pada Konvensyen PH 2026

Peruntukan RM896,000 MRP fasa 1 perkasa pembangunan komuniti di DUN Ngemah

Peruntukan RM896,000 MRP fasa 1 perkasa pembangunan komuniti di DUN Ngemah