Kerajaan MADANI berani ambil langkah tidak popular demi rakyat – Amirudin

JOHOR BAHRU – Kerajaan MADANI berani mengambil langkah yang dilihat tidak popular termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, pendekatan itu diambil bukan untuk mengejar populariti politik semata-mata, sebaliknya bagi memastikan bantuan dan penjimatan dapat disalurkan semula kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.

“Kadang-kadang kita tidak nampak popular sebagaimana langkah kerajaan memperkenalkan penyesuaian semula subsidi.

“Tetapi walaupun nampak tidak popular dan dilihat membebankan, langkah itu sebenarnya mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat apabila penjimatan dapat dikembalikan ketika rakyat berhadapan krisis,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini.

Amirudin berkata, pengalaman kerajaan PH di Selangor dalam menyusun semula subsidi air percuma sebelum ini membuktikan pendekatan berkenaan mampu memberi manfaat lebih besar kepada rakyat.

Katanya, langkah berani itu juga mencerminkan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak hanya mementingkan sokongan politik jangka pendek.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, kejayaan PH mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan menjadi asas penting kepada pembentukan kerajaan di Putrajaya serta pelantikan Datuk Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Amiruddin berkata, negeri-negeri ditadbir PH sebelum ini menjadi model pentadbiran menerusi pelaksanaan reformasi institusi termasuk pengukuhan fungsi Dewan Negeri dan jawatankuasa pilihan khas.

Beliau turut memuji usaha Kerajaan MADANI yang mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (Akta 869) bagi memperkukuhkan institusi legislatif negara.

“Semua ini menjadi asas kepada reformasi yang kita lihat di peringkat Parlimen hari ini,” katanya.

Jelas Amirudin lagi, kejayaan pentadbiran PH dapat dilihat menerusi pencapaian ekonomi memberangsangkan negeri ditadbir gabungan itu termasuk Selangor yang merekodkan pelaburan lebih RM680 bilion tahun lalu.

Ujarnya, keyakinan pelabur terhadap sistem pentadbiran yang telus serta amalan semak dan imbang menjadi faktor utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri berkenaan.

Related Posts

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Bagaimanapun,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini