JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JOHOR BAHRU – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) disifatkan sebagai antara bukti keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi di bawah Kerajaan MADANI dalam merancakkan pertumbuhan pelaburan negara, khususnya di Johor.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pembangunan zon ekonomi khas hasil kerjasama Malaysia dan Singapura itu telah memberi impak besar terhadap kemasukan pelaburan ke negeri berkenaan.

Menurut beliau, JS-SEZ mencatatkan sumbangan sebanyak 66 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang direkodkan di Johor dalam tempoh setahun lalu.

Saifuddin berkata, pencapaian itu membuktikan keberkesanan pendekatan kerajaan dalam memperkukuh kerjasama rentas sempadan serta menarik pelaburan berkualiti tinggi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, kerajaan turut memberi tumpuan terhadap usaha menaik taraf sistem pengurusan sempadan dan infrastruktur di pintu masuk negara bagi menyokong pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.

“Kita gantikan sistem usang dari segi pengurusan sempadan, kita segerakan program perolehan, bina sistem yang baru, letakkan infrastruktur yang paling canggih, kemudian kita menunggu sahaja pelaksanaannya secara berperingkat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, isu kesesakan di laluan Johor-Singapura termasuk di Tambak Johor, Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar kini berada dalam perhatian jawatankuasa Kabinet bagi memastikan kelancaran pergerakan orang dan barangan.

“Pintu masuk Johor-Singapura yang hari ini adalah pintu masuk paling sibuk di dunia, (jadi) kita tak boleh lagi terikat dengan sistem usang ataupun kaedah lama menguruskannya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata, penganjuran Konvensyen Pakatan Harapan di Johor bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan jentera parti menjelang pilihan raya akan datang.

Katanya, setiap pandangan yang dibangkitkan oleh perwakilan akan dibawa ke peringkat Majlis Presiden sebagai panduan dalam merangka strategi dan hala tuju politik gabungan tersebut.

Beliau turut mengingatkan jentera parti agar terus mempergiatkan usaha penerangan dasar kerajaan kepada rakyat bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan dapat difahami dengan jelas di peringkat akar umbi.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pendapatan pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT