Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH akan terus memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU), termasuk mempertimbangkan pertandingan di semua kerusi sekiranya diperlukan.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PKR itu berkata, keputusan berhubung pembahagian kerusi bagaimanapun masih boleh dibincangkan bersama rakan gabungan demi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.

“Kita tengah dikejutkan dengan keputusan BN, UMNO yang mahu bertanding semua kawasan (DUN) di Johor, saya tidak terkejut kerana kita dah pantau. Itu keputusan mereka.

“Sementara ini, kepimpinan pusat masih baik dan harmoni. Tetapi, kalau mereka ambil keputusan bertempur di Johor, hari ini PH ambil keputusan menjawab dengan tegas, PH akan bertanding di semua kawasan.

“Di Negeri Sembilan, kita bertanding semua. Selangor, Pulau Pinang, Pahang, kita bertanding semua. Tetapi, saya sebut ini kalau mereka yang mula melanggar, kita tegas, kalau runding baik, kita orang baik dan sabar serta bijak, kita mahu selamatkan negara ini sebab kita amalkan politik stabil.

“Johor dan Negeri Sembilan, kita lawan semua. Johor sedia? Negeri Sembilan sedia? Lawan tetap lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini.

Anwar berkata, rundingan bersama kepimpinan PH akan diteruskan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan hala tuju kerjasama politik menjelang pilihan raya akan datang.

“Dalam tempoh terdekat, saya akan adakan rundingan dengan pimpinan PH bukan sahaja di negeri ini, tetapi kalau ginilah cara kita diperkotak-katikkan (hubungan), mungkin PRU seluruh negara diadakan.

“Keputusan tarikh itu Perdana Menteri yang buat, tetapi biarlah kita putuskan bersama, harus dengar nasihat kawan-kawan juga,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor akan datang.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar