JaPen Sabah santuni rakyat, bawa perkhidmatan kerajaan ke Kg Talungan

INANAM – Walaupun Kampung (Kg) Talungan terletak kurang sejam dari Kota Kinabalu, masih terdapat beberapa keperluan dan kemudahan yang perlu dibawa bagi memudahkan penduduk mendapatkan perkhidmatan daripada jabatan kerajaan.

Menyedari keperluan penduduk setempat, Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata jabatan berkenaan mengambil inisiatif menganjurkan Program Satelit Khas Kenduri Rakyat MADANI, di Kg Talungan, pada Sabtu.

“Objektif program adalah memberi perkhidmatan terus jabatan kerajaan kepada masyarakat setempat bersesuaian dengan keperluan.

“Penganjuran program ini juga memberi peluang kepada pihak pengurusan jabatan untuk turun padang dan bertemu secara langsung dengan pelbagai lapisan masyarakat di Daerah Sepanggar.

“Ia selaras dengan semangat sambutan Kaamatan yang menitikberatkan perpaduan, kebersamaan dan penghargaan terhadap warisan budaya masyarakat.

“Untuk makluman bersama, pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta swasta turut berkolaborasi sepanjang program berlangsung sekali gus dapat memperkasakan lagi usaha pemasaran maklumat kerajaan kepada rakyat,” katanya semasa berucap dalam majlis tersebut.

Tambahnya, ia juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara pemimpin dengan rakyat dan menjadi wadah terpenting untuk kerajaan menyampaikan dasar, inisiatif serta bantuan terkini secara terus kepada kumpulan sasar di peringkat akar umbi.

“Pelbagai acara telah disusun bagi memenuhi pengisian aktiviti bukan sahaja penglibatan dari kalangan agensi dibawah Kementerian Komunikasi malah ia merangkumi semua rakan strategik Jabatan Penerangan serta masyarakat setempat.

“Antara pengisian aktiviti tersebut termasuklah, Program Rewang Perdana iaitu Gotong-royong dengan aktiviti memasak dan menyediakan juadah melibatkan penduduk kampung serta para petugas.

“Selain itu kita juga akan mengadakan Mini Karnival Perkhidmatan Kerajaan dengan membuka kaunter bergerak agensi kerajaan yang boleh menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

“Sebagai tambahan kita juga mengadakan aktiviti mencungkil bakat dengan program Persembahan Kesenian melalui tarian kebudayaan daripada komuniti Kampung, serta mengadakan Pertandingan Pakaian Tradisional Etnik dan Raya melibatkan peserta kategori kanak-kanak,” katanya.

Sehubungan itu, Jainisah berkata, program berkenaan menjadi platform untuk mendekati dan menyantuni masyarakat setempat menerusi sesi temu mesra bersama pemimpin.

“Aktiviti ini lebih menjurus kepada usaha mewujudkan interaksi antara pemimpin dengan penduduk setempat seterusnya ke arah perkongsian maklumat semasa secara bersemuka,” ujarnya kepada media.

Related Posts

BN Johor sah gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengesahkan Barisan Nasional (BN) Johor akan bergerak secara solo dan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jelajah ANMS Sibu perkukuh kesedaran amalan hidup sihat

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad SIBU – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) terus diperkasakan di Bahagian Sibu menerusi penganjuran Majlis Perasmian Jelajah ANMS 2026 yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Johor sah gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN

BN Johor sah gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN

Jelajah ANMS Sibu perkukuh kesedaran amalan hidup sihat

Jelajah ANMS Sibu perkukuh kesedaran amalan hidup sihat

Fun Walk Sibu dapat sambutan luar biasa, SKUAD perluas mesej cegah salahguna dadah

Fun Walk Sibu dapat sambutan luar biasa, SKUAD perluas mesej cegah salahguna dadah

JaPen Sabah santuni rakyat, bawa perkhidmatan kerajaan ke Kg Talungan

JaPen Sabah santuni rakyat, bawa perkhidmatan kerajaan ke Kg Talungan

Dewan Kg Talungan akan dibaik pulih dengan peruntukan RM100,000

Dewan Kg Talungan akan dibaik pulih dengan peruntukan RM100,000

12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan

12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan