Dewan Kg Talungan akan dibaik pulih dengan peruntukan RM100,000

INANAM – Penduduk Kampung (Kg) Talungan bakal menikmati kemudahan dewan yang lebih selesa selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kerja-kerja pembaikan Dewan Kg Talungan.

Peruntukan tersebut diumumkan ketika beliau berucap dalam Program Satelit Khas Kenduri Rakyat MADANI Santuni, di Kg Talungan, di sini pada Sabtu.

Menurut Mustapha, peruntukan itu disalurkan bagi memastikan kemudahan dewan kampung dapat digunakan dengan lebih baik untuk pelbagai aktiviti komuniti.

Jelasnya, dewan tersebut menjadi lokasi penting bagi penganjuran program kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan, sambutan Kaamatan serta aktiviti penduduk setempat.

Mengulas berkenaan Program Kenduri Rakyat MADANI, beliau berkata, program tersebut menjadi platform penting dalam menyampaikan dasar kerajaan, inisiatif semasa serta pelbagai bentuk bantuan secara terus kepada rakyat, khususnya masyarakat di peringkat akar umbi.

“Kita bawa agensi-agensi daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah untuk memberi maklumat kepada masyarakat Kg Talungan.

“Selain itu, pelbagai insentif dan inisiatif turut disediakan oleh Kerajaan MADANI dan Kerajaan Negeri Sabah,” katanya kepada media.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, program tersebut amat baik dan mengharapkan agar pemimpin No.1 negara dapat turun bersama-sama memeriahkan program ini khususnya di Parlimen Sepanggar.

“Ini merupakan program sampingan untuk kita menguar-uarkan kepada rakyat bahawa YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di Sepanggar ini untuk bersama-sama pada masa akan datang,” kongsinya.

Tambahnya, program tersebut juga menyelitkan program Sempena Bulan Kaamatan seperti pertandingan sugandoi, unduk ngadau dan Sukan rakyat.

“Jadi ini adalah keunikan di Negeri Sabah ini di samping kita merayakan Kaamatan, kita juga dapat mendekatkan mereka dengan agensi kerajaan yang hadir hari ini,” ujarnya.

Pada majlis sama, Mustapha turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Sugandoi, menyerahkan bantuan Kotak Kasih MADANI serta merasmikan Program Jualan Rahmah MADANI di Kampung Talungan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan penduduk setempat.

Bersempena Hari Belia 2026 Peringkat Parlimen Sepanggar, beliau juga sempat meluangkan masa bagi gimik tendangan bola bagi menyemarakkan semangat belia untuk terus aktif dalam aktiviti sihat dan positif.

Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Sabah selama dua hari itu mendapat sokongan daripada penduduk Kampung (Kg) Talungan dan kawasan sekitarnya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa