12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan

IPOH – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 12 inisiatif baharu melibatkan peruntukan ratusan juta ringgit sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026 bagi memperkasa profesionalisme, digitalisasi dan kebajikan warga pendidik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tema ‘Guru Bitara Nadi Negara’ dipilih bagi mengangkat peranan guru sebagai pemacu utama reformasi pendidikan dan pembinaan generasi berdaya tahan berteraskan nilai MADANI.

Menurut beliau, antara inisiatif utama diumumkan ialah penerusan kursus pensijilan Google Certified Educator (GCE) Tahap 1 dan Tahap 2 secara percuma kepada semua guru bagi memperkukuh kompetensi literasi digital.

Katanya, Malaysia kini diiktiraf sebagai negara nombor satu dunia bagi jumlah pendidik bertauliah Google yang masih aktif dengan 60,000 pemegang sijil GCE Tahap 1 dan 33,000 pemegang sijil GCE Tahap 2.

“KPM turut memperkenalkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Khas kepada guru di sekolah rintangan termasuk Sekolah Dalam Hospital, sekolah terapung dan sekolah pedalaman bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah.

“Selain itu, Biasiswa Perguruan Persekutuan turut diperluaskan kepada pemimpin sekolah,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026 di Hotel Casuarina@Meru, pada Sabtu.

Dalam usaha memperkukuh akses pendidikan digital, kerajaan MADANI melalui Yayasan Guru Tun Hussein Onn memperuntukkan RM1 juta bagi pelaksanaan Projek NODE (Network Offline Digital Environment) di sekolah pedalaman dan pulau supaya pembelajaran digital dapat diteruskan walaupun tanpa capaian internet.

Kerajaan turut menyediakan RM169 juta bagi pembekalan peranti kepada sekolah seluruh negara.

Bagi meningkatkan kesejahteraan guru, KPM menambah RM100 juta untuk kerja penyelenggaraan dan naik taraf bilik guru menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada RM200 juta, selain tambahan RM50 juta bagi penyelenggaraan kuarters guru menjadikan keseluruhan peruntukan RM110 juta.

Pada masa sama, KPM memansuhkan sistem perekodan kokurikulum secara manual dengan memberikan autonomi kepada pihak sekolah untuk menguruskan rekod sebelum dimasukkan ke dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Selain itu, sebanyak RM10.5 juta diperuntukkan bagi penyediaan bahan bacaan tambahan kepada 10,515 kelas prasekolah menerusi Program PAKAT, manakala RM122.4 juta lagi disalurkan bagi menyokong pelaksanaan program strategik sekolah termasuk STEM dan TVET.

Dalam pengumuman yang mendapat tepukan gemuruh hadirin, Fadhlina turut mengumumkan bantuan RM1,000 kepada setiap guru yang anak mereka memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan SPM 2025.

Kerajaan juga bersetuju memberikan moratorium pengurangan 50 peratus bayaran sewaan kantin sekolah selama enam bulan sebagai penghargaan kepada ibu bapa dan masyarakat yang sentiasa menyokong institusi pendidikan negara.

Foto: Bernama

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET