BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

PULAI – Pengumuman Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dilihat memberi isyarat jelas bahawa landskap politik Johor dan negara sedang bergerak ke arah pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), BN dan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat berkata, perkembangan tersebut wajar diterima secara matang oleh semua pihak kerana ia menggambarkan realiti baharu politik yang memerlukan penjelasan lebih terbuka kepada rakyat mengenai hala tuju politik semasa.

“Saya mengambil maklum pengumuman Pengerusi BN Johor merangkap Menteri Besar Johor bahawa BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN Johor akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, senario itu menunjukkan kemungkinan besar PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang memerlukan semua parti politik membuat persediaan lebih tersusun, khususnya dalam menghadapi dinamika politik semasa.

Menurutnya, Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung esok perlu dimanfaatkan sebagai platform penting untuk membincangkan strategi dan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan pertandingan tiga penjuru tersebut.

“Wakil negeri serta pimpinan utama PH perlu memberikan hala tuju dan pendirian yang lebih jelas berhubung strategi menuju PRN dan PRU akan datang agar jentera serta penyokong memahami bentuk kerjasama politik yang bakal dihadapi,” katanya.

Suhaizan turut menegaskan bahawa perkembangan politik semasa termasuk isu undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan baru-baru ini menjadi petunjuk kepada perubahan dinamik politik yang semakin kompleks menjelang PRU16.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Kerajaan Perpaduan dapat terus berfungsi secara stabil sekiranya parti-parti komponen bergerak sebagai pesaing di peringkat negeri.

“Rakyat ingin melihat bagaimana kempen akan berlangsung apabila Perdana Menteri daripada PH dan Timbalan Perdana Menteri daripada BN berada dalam satu kerajaan Persekutuan tetapi berkempen sebagai lawan dalam PRN Johor,” katanya.

Beliau berkata, situasi tersebut mungkin berbeza di Sabah, namun budaya politik di Johor memerlukan penjelasan yang lebih tersusun kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pilihan raya serentak melibatkan PRN dan PRU dipertimbangkan sekiranya senario pertandingan tiga penjuru benar-benar berlaku, bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi.

“Langkah ini bukan sahaja memberi hala tuju lebih jelas kepada rakyat, malah dapat menjimatkan kos pentadbiran pilihan raya serta membolehkan kerajaan memberi fokus kepada cabaran ekonomi dan kos sara hidup,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa rakyat pada masa ini mahukan kejelasan, kestabilan dan kejujuran politik, dan semua pihak perlu bersikap telus dalam menentukan hala tuju negara demi masa depan Malaysia dan Johor yang lebih stabil.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti