Muzakarah ulama seru agenda ‘Tajdid Siyasi Malaysia’ demi politik lebih harmoni

BESUT – Timbalan Pengerusi Ulama UMNO, Dr Khairuddin Aman Razali menyeru satu gelombang pembaharuan politik nasional menerusi agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” yang menekankan politik berintegriti, berakhlak dan berteraskan perpaduan ummah.

Seruan tersebut dizahirkan menerusi resolusi rasmi Muzakarah Ulama Terengganu bertemakan “Tajdid Siyasi Malaysia” yang berlangsung di Pondok Bukit Puteri, Besut, hari ini, anjuran Nadwah Ulama Malaysia.

Dalam kenyataan media yang dibacakan sempena muzakarah berkenaan, Dr Khairuddin menegaskan bahawa landskap politik negara perlu diperbaharui dengan pendekatan lebih matang dan berpaksikan nilai Islam serta kepentingan negara.

Menurut beliau, Malaysia perlu ditegaskan sebagai sebuah negara Islam yang meletakkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.

“Persaingan politik dalam pilihan raya hendaklah difahami sebagai medan menawarkan gagasan, dasar dan inisiatif terbaik bagi memperkukuh pelaksanaan nilai-nilai Islam menurut keperluan semasa negara,” katanya.

Muzakarah tersebut turut menyeru umat Islam menolak politik perpecahan, budaya fitnah, ekstremisme serta normalisasi politik kebencian yang disifatkan semakin membimbangkan dan mampu menghakis perpaduan masyarakat.

Dalam resolusi sama, para peserta menegaskan keperluan membina budaya politik matang yang menolak provokasi, penghinaan dan ketaksuban melampau, sebaliknya mengangkat adab, hikmah dan tanggungjawab bernegara.

Dr Khairuddin berkata, agenda tajdid siyasi juga perlu digerakkan melalui pembinaan politik yang berasaskan ilmu, amanah, maqasid syariah serta kebajikan rakyat tanpa menjadikan agama sebagai alat kepentingan sempit pihak tertentu.

“Muzakarah ini turut menolak segala bentuk pelampauan dan penyalahgunaan nama Islam serta tokoh-tokoh mulia Islam yang boleh mencemarkan imej agama,” katanya lagi.

Selain itu, golongan ulama diseru memainkan peranan lebih besar sebagai pendamai ummah, pembimbing masyarakat dan penghubung perpaduan merentas perbezaan kelompok politik dan sosial.

Resolusi turut menekankan kepentingan pendidikan siyasah rakyat yang berasaskan kefahaman ilmu, Perlembagaan Persekutuan, kenegaraan dan nilai Islam demi menjamin masa depan Malaysia yang lebih stabil dan harmoni.

Pada masa sama, Nadwah Ulama Malaysia menyeru supaya diwujudkan secara tersusun platform serta wadah tajdid siyasi bagi memperbaharui wacana politik Islam negara agar lebih menumpukan kepada persaudaraan, khidmat bakti, kebajikan dan pembangunan negara.

Pendekatan itu, menurut resolusi berkenaan, penting bagi menggantikan budaya politik lama yang berasaskan permusuhan, kebencian, kepentingan diri dan sikap memperkecilkan agenda pembangunan ummah serta negara.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti