Belum ada keputusan, rundingan kerjasama PH PRN Melaka masih berjalan

TANGGA BATU – Pakatan Harapan (PH) Melaka sedang meneruskan rundingan dengan beberapa parti lain bagi membentuk kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pemangku Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Adam Adli Abdul Halim berkata, rundingan berkenaan masih belum dimuktamadkan, termasuk jumlah parti yang bakal terlibat dalam kerjasama tersebut.

“Perbincangan sudah berlaku sebelum-sebelum ini lagi, cuma tak ada keputusan dibuat, itu sahaja. Keputusan tu termasuklah sama ada nak berunding atau tidak. Sebab perundingan antara parti politik ni akan melibatkan persefahaman sama ada bertanding, tidak bertanding di satu-satu kawasan kan.

“Ini termasuk sampai satu tahap pembahagian kerusi antara satu sama lain. Jadi, yang itu kita tak sampai lagi tahap tersebut,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Dalam pada itu, Adam Adli berkata, pertemuan dan perbincangan yang berlangsung setakat ini lebih kepada usaha memahami pendekatan serta perancangan setiap parti menjelang pilihan raya berkenaan.

Menurutnya, perkembangan politik semasa masih boleh berubah, sekali gus membuka kemungkinan wujudnya perbincangan lanjut berhubung bentuk kerjasama yang bakal diputuskan kelak.

“Kita cuma ada pertemuaan, perbincangan, malah ada yang anjurkan you know majlis untuk duduk bersama.

“Sedikit sebanyak cuma untuk ’tilik’ lah. Orang kata nak tilik satu sama lain apa cara bergerak bagi pihak kita sekarang ini,” katanya.

Sebelum ini Adam Adli memaklumkan pertemuan tertutup pimpinan PH dan di sebuah hotel di sini pada Isnin hanya membabitkan jamuan makan malam serta sesi suai kenal,

Katanya, PH menerima jemputan Bersatu itu sebagai langkah mengekalkan hubungan baik antara parti politik dalam suasana menjelang PRN Melaka.

Related Posts

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

CYBERJAYA – Keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan warga pendidik dan pembangunan sektor pendidikan dalam Belanjawan 2027 amat dihargai, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Presidennya, Aminuddin Awang berkata, cadangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulakan siasatan berhubung hantaran tular di media sosial yang mendakwa individu beragama Islam melakukan amalan atau ritual agama bukan Islam yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa ringan beban

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa ringan beban

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham