PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

TANGGA BATU – Pakatan Harapan (PH) kini dalam proses memuktamadkan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan pengumuman dijangka dibuat dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Adam Adli Abdul Halim berkata, setakat ini parti itu dan PH masih meneliti secara terperinci calon yang dipilih mewakili gabungan itu pada PRN Melaka.

“Dalam masa terdekat, tidak terlalu lama. Kita baru selesai, terutama sekali di peringkat Keadilan (PKR).

“Kita baru selesai proses temuduga terakhir sebelum kita finalize dan kita buat keputusan untuk keluarkan watikah bagi pencalonan nanti,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Dalam pada itu, Adam Adli berkata, PH akan mengutamakan usaha memperkukuh kekuatan dalaman, termasuk jentera parti dan pemilihan calon, sebelum mempertimbangkan sebarang kerjasama dengan parti politik lain bagi menghadapi PRN Melaka.

Menurut beliau, soal kerjasama politik belum menjadi keutamaan PH ketika ini berikutan tumpuan diberikan kepada persiapan parti untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

“Soal sama ada ada kerjasama dengan mana-mana pihak itu adalah secondary (perkara kedua) buat masa sekarang ya, bukan lagi hal utama. Tapi menjadi hal yang kemudian. Ertinya dalam tempoh yang ada sekarang ni kita tak tahu sama ada berlaku apa-apa perbincangan dan semua tahu, dinamik yang berubah-ubah.

“Buat masa sekarang, yang paling mustahak adalah untuk PH kukuhkan kekuatan sendiri termasuk dari sudut jentera dan juga calon-calon yang bakal diturunkan. Kerjasama dengan pihak lain tu hanya akan menjadi satu pendekatan selepas kita selesai dengan kekuatan sendiri,” katanya.

Related Posts

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

PEMBANGKANG dicabar supaya membentangkan belanjawan alternatif, bukannya sekadar mempertikaikan perancangan ekonomi Kerajaan MADANI. Gesaan orang ramai di media sosial itu susulan kritikan Ketua Portfolio Ekonomi Perikatan Nasional (PN), Syahir Sulaiman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pakej RM160 juta perkukuh pendapatan, kebajikan pekerja gig – PPRPM

KUALA LUMPUR – Pakej bernilai RM160 juta bagi membantu meningkatkan pendapatan dan memperkukuh perlindungan sosial pekerja gig disambut baik Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) menerusi Belanjawan 2027. Penasihat PPRPM,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie