PKR desak Nik Abduh tarik balik kenyataan, mohon maaf isu penghinaan al-Quran

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menarik balik kenyataan yang didakwa membela perbuatan mempersendakan al-Quran oleh pemilik akaun Eric-See-To atau Lim Sian See.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan berkata, tindakan itu amat dikesali sekiranya pemegang akaun Nik Abduh yang dimaksudkan benar-benar merujuk kepada tokoh terkenal daripada Parti Islam Se-Malaysia (Pas).

“Sudah terang lagi bersuluh, perbuatan Lim Sian See mempersendakan kalimah ‘lighad’ yang diambil konteksnya daripada al-Quran adalah satu kecelaan dan penghinaan terhadap al-Quran.

“Penghinaan ini bukan satu justifikasi politik,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu turut menggesa Nik Abduh menarik balik kenyataan berkenaan dan perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Amidi turut menasihatkan Nik Abduh supaya bertaubat dan memohon keampunan Allah atas tindakannya yang didakwa menyokong perkara mungkar.

Beliau menegaskan bahawa isu penghinaan terhadap al-Quran tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempertahankan mana-mana pihak atas kepentingan politik.

Terdahulu, Nik Abduh tampil mempertahankan Eric Lim Sian See yang mencetuskan kontroversi susulan komennya mengenai penggunaan perkataan Arab ‘Lighad’ dalam pembentangan Belanjawan 2027.

Nik Abduh menerusi ruangan komen hantaran Eric Lim di Facebook menyifatkan kontroversi berkenaan hanya berpunca daripada salah faham dan bukannya kesalahan yang dilakukan pempengaruh tersebut.

Related Posts

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

KUCHING – Inisiatif tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 4,200 anak anak kelahiran Sarawak dan Sabah dalam Belanjawan 2027 disifatkan sebagai langkah penting dalam meluaskan peluang pendidikan tinggi serta meringankan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa ringan beban

MIRI – Pengumuman pelantikan lebih 9,000 doktor kontrak ke jawatan tetap dalam pembentangan Belanjawan 2027 disambut baik oleh pelbagai pihak yang melihat langkah tersebut sebagai usaha penting dalam menghargai jasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa ringan beban

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa ringan beban

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

Tangguh bayar PTPTN bantu stabil kewangan peminjam berpendapatan rendah – Adam Adli

Tangguh bayar PTPTN bantu stabil kewangan peminjam berpendapatan rendah – Adam Adli

PKR desak Nik Abduh tarik balik kenyataan, mohon maaf isu penghinaan al-Quran

PKR desak Nik Abduh tarik balik kenyataan, mohon maaf isu penghinaan al-Quran

Belum ada keputusan, rundingan kerjasama PH PRN Melaka masih berjalan

Belum ada keputusan, rundingan kerjasama PH PRN Melaka masih berjalan