Sambutan Hari Guru 2026 dibenarkan bagi 28 sekolah seliaan JAIPk

IPOH – Kerajaan Negeri Perak tidak pernah menghalang mana-mana daripada 28 sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk mengadakan sambutan Hari Guru, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut beliau, sambutan berkenaan wajar diteruskan selagi bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan golongan pendidik, selain tidak dilakukan secara berlebihan atau membazir.

“JAIPk tidak pernah mengeluarkan arahan menghalang sambutan Hari Guru.

“Sambutan ini memberi ruang kepada masyarakat termasuk murid dan ibu bapa untuk menyatakan penghargaan kepada profesion perguruan.

“Alasan penjimatan juga agak subjektif. Saya sendiri tidak pasti mengapa ia perlu dihalang.

“Selagi tidak terlampau membazir dan niatnya betul untuk menghargai guru-guru, teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program International Education Research and Innovation Carnival (InERIC) 2026 di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), di Ipoh pada Khamis.

Turut hadir Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim.

Saarani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri diminta mengulas sama ada Perak akan mengambil pendekatan sama seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang sebelum ini dilaporkan tidak membenarkan sambutan Hari Guru di peringkat daerah dan sekolah pada tahun ini atas faktor menggalakkan budaya perbelanjaan berhemah.

Beliau menegaskan, penghargaan terhadap guru tidak seharusnya dilihat sebagai suatu pembaziran, sebaliknya satu pengiktirafan penting terhadap peranan besar warga pendidik dalam membentuk generasi masa depan negara.

Foto: FB Saarani Mohamad

Related Posts

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

LAHAD DATU – Impian memiliki kediaman sendiri bertukar menjadi beban apabila sepasang suami isteri terpaksa menyewa bilik selepas rumah yang dibeli didapati terbengkalai dan tidak dapat diduduki. Difahamkan, pasangan berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

KUCHING – Syarikat perkhidmatan e-panggilan (e-hailing), Maxim Malaysia terus komited memperkasa usahawan tempatan di seluruh Sarawak menerusi program sokongan perniagaan yang bertujuan meningkatkan keterlihatan dan standard kebersihan premis perniagaan.   Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

  • By Aden
  • August 5, 2026
PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

Tiga keluarga RXZ Member 8.0 maut terima Faedah Sepanjang  Hayat Perkeso

  • By Aden
  • August 5, 2026
Tiga keluarga RXZ Member 8.0 maut terima Faedah Sepanjang  Hayat Perkeso

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos