Buruh maut diserang gajah liar ketika berkhemah

GUA MUSANG – Seorang buruh ditemukan maut dipercayai diserang sekumpulan gajah liar ketika berkhemah di kawasan hutan berhampiran ladang getah di Jalan Ladang Serasa, di sini pada Khamis.

Mangsa, Razali Daud, 55, meninggal dunia dengan kecederaan parah di seluruh badan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.38 pagi.

Beliau berkata, maklumat awal daripada orang awam mendapati mangsa dipercayai diserang sekumpulan gajah liar ketika berada di kawasan berkenaan.

Katanya, pasukan polis dari Balai Polis Paloh 2 yang bergegas ke lokasi kemudian menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian.

“Siasatan awal menemukan kesan tapak kaki serta najis gajah di sekitar kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sik berkata, hasil siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian berkenaan.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan ladang supaya sentiasa berwaspada.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengelakkan memasuki kawasan berisiko yang dikenal pasti sebagai habitat hidupan liar termasuk gajah,” katanya.

Foto: PDRM

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik