Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, tidak sepatutnya diberikan sebarang bentuk pengampunan berhubung penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, individu terbabit sebaliknya perlu dibawa pulang ke Malaysia untuk menghadapi proses perundangan.

Menurut beliau, kerajaan memandang serius isu berkenaan memandangkan skandal 1MDB memberi kesan besar terhadap reputasi negara serta kedudukan kewangan Malaysia.

Katanya, pendirian itu turut selari dengan pandangan Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mahu pihak berkuasa Amerika Syarikat menolak sebarang permohonan pengampunan dikemukakan Jho Low.

“Pada peringkat Kabinet, perkara ini belum sempat dibincangkan kerana laporan mengenainya muncul ketika mesyuarat Jemaah Menteri sedang berlangsung.

“Namun secara peribadi dan juga dari sudut kerajaan, saya berpandangan individu seperti Jho Low tidak sewajarnya menerima sebarang pengampunan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang SPM dan Sambutan Hari Guru Lembah Pantai 2026 di Dewan Merbau, IWK Ecopark, di sini, hari ini.

Fahmi berkata, skandal 1MDB meninggalkan kesan yang amat besar sehingga menjejaskan nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa.Menurutnya, rakyat masih menanggung implikasi daripada penyelewengan yang berlaku dan perkara itu tidak boleh dipandang ringan.

“Musibah yang dibawa kepada negara ini sangat besar. Sebab itu saya merasakan tiada alasan untuk mana-mana pihak memberi pelepasan atau layanan istimewa kepada beliau.

“Individu yang dikaitkan dengan kes sebesar ini perlu kembali ke negara asal dan menghadapi proses mahkamah seperti yang sepatutnya,” katanya.

Tambah beliau, prinsip keadilan perlu ditegakkan tanpa mengira kedudukan atau pengaruh seseorang individu.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Jho Low dikatakan sedang berusaha mendapatkan pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Laporan The Wall Street Journal menyebut permohonan berkenaan difailkan beberapa minggu lalu dan sekiranya diluluskan, ia berpotensi menggugurkan pertuduhan jenayah yang sedang dihadapinya di negara itu.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat berhubung status permohonan berkenaan.

Related Posts

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

PUTRAJAYA – Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat telah berjaya meletakkan semula Malaysia pada landasan ekonomi yang lebih stabil, kredibel dan berdaya saing di peringkat antarabangsa berbanding era…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan ummah atau perceraian politik?

‘PERPADUAN Ummah’ ialah antara slogan paling kerap diulang oleh Pas dalam dua dekad terakhir. Ia kedengaran mulia, menyentuh emosi umat Islam dan memberikan gambaran bahawa Pas ialah parti yang sentiasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju