Liew Chin Tong perjelas kenyataan isu petrol, nafi umum had 150 liter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong tampil memperjelaskan kenyataannya berhubung isu strategi kerajaan menangani krisis tenaga selepas timbul salah faham susulan laporan media mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, kenyataan yang dibuat dalam satu majlis anjuran AFFIN Bank pada Selasa telah dilaporkan di luar konteks sehingga menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan bercadang memperkenalkan had penggunaan petrol sebanyak 150 liter.

Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang pengumuman baharu dibuat bagi pihak kerajaan dan beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa had 150 liter akan dijadikan dasar rasmi kerajaan.

“Perlu dijelaskan bahawa saya tidak membuat sebarang pengumuman baharu bagi pihak kerajaan, dan saya juga tidak pernah mengumumkan had 150 liter berpotensi menjadi dasar kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa program Budi95 merupakan satu mekanisme yang baik kerana mampu menyediakan data menyeluruh bagi membantu kerajaan memahami corak perjalanan harian rakyat Malaysia.

Menurutnya, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan bekalan petrol negara dapat bertahan untuk tempoh yang lebih lama demi menjamin kestabilan bekalan tenaga negara.

Beliau turut menekankan bahawa masyarakat perlu bersama-sama memainkan peranan dalam usaha penjimatan penggunaan petrol agar bekalan sedia ada dapat digunakan secara lebih berhemah dan mampan.

“Masyarakat kita mesti memastikan bekalan petrol dapat bertahan untuk tempoh yang paling lama, dan kita perlu membina konsensus untuk menyokong usaha penjimatan penggunaan petrol,” ujarnya.

Dalam masa sama, Liew Chin Tong melahirkan rasa kesal terhadap salah faham yang tercetus susulan laporan berkenaan dan berharap semua pihak dapat memahami konteks sebenar kenyataannya.

Beliau turut menyeru agar perbincangan mengenai isu tenaga dan penggunaan petrol dilihat secara menyeluruh demi kepentingan rakyat serta kestabilan ekonomi negara.

Related Posts

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

PENETAPAN 50 ekar di Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu menjadi langkah penting melindungi kepentingan Bumiputera di kawasan bandar bernilai tinggi. Belanjawan 2027 diharap meneruskan usaha itu dengan sokongan pelaksanaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jelapang padi perlu diwartakan, pastikan keluasan tanaman tidak susut – KPKM

PUTRAJAYA – Kerajaan negeri disaran mewartakan kawasan jelapang padi bagi memastikan keluasan tanah penanaman padi terus dipelihara dalam usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017