Pelaksanaan BUDI95 tepati matlamat subsidi bersasar, tingkat kepercayaan rakyat – Pensyarah UM

PELAKSANAAN inisiatif BUDI95 dilihat sebagai satu langkah subsidi bersasar yang berkesan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara tanpa menjejaskan kedudukan fiskal negara.

Pensyarah Kewangan Gelagat, Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Mohammad Abdul Hamid berkata, pendekatan yang dilaksanakan kerajaan ketika ini berjaya mengimbangi keperluan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan tekanan kos subsidi yang ditanggung kerajaan.

Menurut beliau, pelaksanaan BUDI95 menunjukkan keberkesanan kerana ia disusun berdasarkan pendekatan subsidi bersasar yang lebih mampan serta responsif terhadap realiti ekonomi semasa.

“Ya, saya bersetuju. Pelaksanaan BUDI95 berkesan kerana ia merupakan langkah subsidi bersasar yang menjaga kesejahteraan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan menengah, sambil mengimbangi tekanan kos subsidi kerajaan,” katanya ketika ditemu bual.

Dalam pada itu, beliau turut berpandangan strategi keterjaminan bekalan yang sedang digerakkan kerajaan ketika ini mampu mengurangkan impak ketidaktentuan krisis bekalan global sekiranya dilaksanakan secara konsisten dan berasaskan data.

Jelas beliau, pemantauan berkala serta penggunaan pendekatan berasaskan bukti atau evidence-based policy amat penting bagi memastikan dasar yang diperkenalkan benar-benar mencapai kumpulan sasar.

“Strategi ini mampu dilaksanakan dengan berkesan melalui pemantauan berkala, evidence-based menggunakan data khususnya corak penggunaan petrol, serta pendekatan seperti BDR.

“Libat urus dan tinjauan bersama pelbagai pihak juga diperlukan bagi memantau perkembangan semasa serta mengenal pasti penyelesaian secara bersama dalam usaha menambah baik keberkesanan inisiatif BUDI95,” katanya.

Mengulas mengenai isu persepsi dan salah faham rakyat terhadap dasar ekonomi kerajaan, Mohammad menegaskan komunikasi yang jelas, telus dan bersepadu merupakan elemen paling penting dalam memastikan keyakinan rakyat terus kukuh.

Menurut beliau, tahap literasi ekonomi rakyat boleh dipertingkat melalui penyampaian maklumat yang pantas dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

“Kunci utama ialah komunikasi bersepadu, libat urus serta tinjauan berkala. Strategi komunikasi yang jelas, tangkas dan telus dengan capaian meluas kepada pelbagai segmen masyarakat akan meningkatkan literasi ekonomi rakyat.

“Pada masa sama, ia membantu memastikan buy-in rakyat terhadap dasar kerajaan serta apa juga cadangan penambahbaikan terhadap mekanisme sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan sedemikian penting bagi menjamin tahap kepercayaan rakyat yang tinggi terhadap kerajaan terutama dalam mendepani cabaran ekonomi global yang semakin mencabar.

Related Posts

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memastikan tiada golongan layak tercicir daripada menerima bantuan, di samping mengelakkan ketirisan kepada mereka yang tidak layak sebagai persediaan menghadapi status negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R), selain tindakan penguatkuasaan terhadap media serta kerangka perundangan negara, dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB