TYT, Hajiji hadir majlis raikan keberangkatan jemaah haji Sabah

KOTA KINABALU – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Mengucapkan Selamat Berangkat kepada Jemaah Haji Negeri Sabah bagi Musim Haji 1447H/2026M di Dewan Kinabatangan III, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Isnin.

Majlis yang berlangsung penuh istiadat itu dimulakan dengan alunan zikir Asma’ul Husna serta bacaan doa yang dipimpin Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Acara kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan wakil pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum perutusan khas disampaikan oleh Tun Musa kepada para jemaah haji yang bakal berangkat ke Tanah Suci dan kemudian sesi bersalaman bersama para jemaah selepas laungan azan sebagai tanda simbolik mengucapkan selamat berangkat.

Bagi musim haji 1447H/2026M, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan keseluruhan seramai 1,195 jemaah haji terdiri daripada 507 lelaki dan 688 wanita.

Seramai 142 bakal haji berlepas dari Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin bagi menjalani proses Makkah Route sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Negeri, Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Nizam Abu Bakar Titingan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab serta Pengarah Eksekutif Pengalaman Pelanggan TH, Datuk Mohamed Ameen Abdul Wahab.

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi