Pesawat ringan buat pendaratan cemas di Stadium LADA

LANGKAWI – Sebuah pesawat ringan membuat pendaratan cemas di padang Stadium LADA, Kuah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.27 pagi itu, juruterbang lelaki berpangkat kapten dan seorang wanita yang merupakan kadet juruterbang tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, kejadian berlaku ketika pesawat jenis Diamond 40 TDI, Training Flight 9M-HMJ sedang dalam latihan penerbangan.

Katanya, siasatan awal mendapati penerbangan latihan di sekitar Langkawi itu bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Kira-kira pukul 10.20 pagi, sewaktu berada di ruang udara Kuah, kapten merasakan terdapat masalah kuasa pada enjin pesawat. Kapten segera memaklumkan kepada menara kawalan dan mencari lokasi selamat untuk membuat pendaratan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kira-kira tujuh minit kemudian, pesawat itu berjaya melakukan pendaratan cemas di Padang B, Stadium LADA dengan selamat.

“Pemeriksaan awal mendapati roda hadapan pesawat patah semasa pendaratan dilakukan. Tiada kecederaan fizikal dialami kedua-dua juruterbang. Pasukan siasatan Kementerian Pengangkutan turut hadir ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan,” ujarnya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit