Sarawak giat perkasa industri kreatif berasaskan warisan, jana ekonomi komuniti

KUCHING – Sarawak terus menzahirkan komitmen tinggi dalam memperkasa komuniti tempatan menerusi pembangunan industri kreatif berasaskan warisan budaya, sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi dan memartabatkan identiti pelbagai etnik di negeri ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, penglibatan secara inklusif membabitkan komuniti luar bandar dan bandar dalam industri ini semakin rancak melalui pelbagai inisiatif proaktif yang diatur oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, kerajaan Sarawak sentiasa menggalakkan penyertaan aktif masyarakat tempatan dalam pelbagai aktiviti seni persembahan seperti muzik, tarian dan teater, termasuklah menerusi penganjuran pesta dan acara kebudayaan.

“Festival Kesenian Sarawak terus menjadi platform penting yang membolehkan pelbagai kumpulan etnik mempersembahkan keunikan tarian tradisional masing-masing, sekali gus memastikan warisan budaya negeri ini terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima pada Selasa.

Tambah Snowdan, komuniti etnik tempatan turut diberikan peluang yang meluas untuk menyertai program Malam Budaya Sarawak bersempena dengan penganjuran acara ikonik Regatta Sarawak, serta program tahunan Sarawakku Sayang.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memaklumkan Skim Galakan Kesenian Geran MySeni turut memainkan peranan yang amat penting dalam usaha memelihara dan mengangkat seni budaya tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

Jelasnya, kemudahan skim tersebut telah berjaya menyokong usaha pemuliharaan tarian tradisional seperti Tarian Ngoncong dan Tarian Totokng oleh komuniti Bidayuh Salako, selain membantu usaha kelestarian instrumen tradisional Sape Lutong dalam kalangan masyarakat Orang Ulu.

“Usaha murni ini bukan sahaja bagi memastikan warisan budaya kita terus dipelihara untuk tatapan generasi akan datang, malah ia mampu menjadi pemangkin utama kepada kemajuan corak pembangunan industri kreatif dan sektor pelancongan budaya di Sarawak,” ujarnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik