Sabah perlu keluar daripada imej projek sakit – Mustapha

SANDAKAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menegaskan Sabah perlu berusaha meningkatkan prestasi pelaksanaan projek pembangunan bagi mengelakkan negeri itu terus dikaitkan dengan isu projek lewat dan sakit.

Menurut Mustapha, kerajaan tidak mahu lagi melihat projek pembangunan di Sabah mengalami kelewatan sehingga menjejaskan rakyat.

“Kita tidak mahu projek-projek ini lewat atau sakit, kita mahu lari daripada imej itu dan ini yang saya fikir penting.

“Kerajaan kini memberi tumpuan terhadap aspek pelaksanaan projek serta penyelarasan antara agensi pusat dan negeri supaya pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Saya diminta meneliti pelaksanaan projek di Sabah dan Sarawak, jadi saya mahu Sabah juga berusaha meningkatkan prestasi kita,” ujarnya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), di sini pada Isnin.

Menurutnya, lawatan ke Sandakan dan Tawau bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkaitan sebelum dibawa ke peringkat Persekutuan.

“Daripada taklimat diterima, prestasi kewangan kita semakin baik tahun lalu, tetapi sekarang kita mahu fokus kepada pelaksanaan dan memastikan koordinasi antara agensi pusat dan negeri dapat diselaraskan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada MPS kerana saya lihat ‘Master Plan’ Sandakan amat baik.

“Kita boleh nampak bahawa Sandakan akan membangun kembali dengan perancangan yang lebih baik selepas ini,” ujarnya.” kongsinya.

Bagaimanapun, katanya, beberapa isu asas seperti bekalan air, elektrik dan prasarana jalan raya perlu diberi perhatian supaya seiring dengan pelan pembangunan yang dirancang.

“Insya-Allah akan ada beberapa mesyuarat susulan dikendalikan Presiden MPS, Datuk Walter Kenson bagi meneliti isu air dan jalan raya di Sandakan,” katanya.

Mengulas mengenai tuntutan 40 peratus hasil Sabah, Mustapha berkata, perkara itu masih dalam proses perundingan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Katanya, Kementerian Kewangan Sabah dan Kementerian Kewangan (MoF) Persekutuan sedang meneliti data berkaitan sebelum formula terbaik diputuskan.

“40 peratus ini seperti yang saya selalu maklumkan, ia perlu dilaksanakan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Cuma kita minta supaya ada perundingan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan mengambil kira pelbagai faktor,” katanya.

Beliau berkata, apa yang paling penting ialah dana diperoleh nanti benar-benar digunakan untuk menyelesaikan isu asas rakyat seperti bekalan air dan jalan raya.

“Saya paling takut kalau kita laksanakan 40 peratus tetapi infrastruktur asas masih lagi lambat diselesaikan. Itu tidak akan menyelesaikan masalah rakyat,” tegasnya.

Menurutnya, proses rundingan masih berjalan dan akan dibawa ke jawatankuasa teknikal serta jawatankuasa khas sebelum dimuktamadkan.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat