Azam tidak mahu tinggalkan beban kepada pengganti sebelum tamat kontrak

KETUA Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki tidak mahu meninggalkan sebarang beban siasatan kepada penggantinya apabila kontraknya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tamat esok.

Beliau berkata, semua pegawai penyiasat SPRM diingatkan supaya terus bersemangat dan profesional dalam menjalankan tugas termasuk menyiasat kes baharu serta sedia ada tanpa sebarang kompromi.

Menurutnya, walaupun berada di penghujung perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya, beliau tetap memberi penekanan tegas terhadap tindakan segera ke atas mana-mana salah laku atau penyalahgunaan kuasa.

“Saya tidak mahu tinggal beban kepada ketua pesuruhjaya yang baharu. Saya kena selesaikan tugasan walau di hari akhir saya memegang jawatan ini.

“Jika ada sesiapa melakukan kesalahan sama ada jenayah atau penyalahgunaan, tindakan mesti diambil segera,” katanya dalam podcast Kolar Hitam Bukan Sekadar Operasi yang disiarkan di YouTube hari ini.

Mengulas mengenai transformasi SPRM, Azam berkata, agensi antirasuah itu sentiasa melakukan pembaharuan sejak penguatkuasaan Akta SPRM, sama ada dari sudut operasi, pencegahan mahupun pendidikan masyarakat.

Beliau turut menegaskan, setiap Ketua Pesuruhjaya yang pernah menerajui SPRM mempunyai matlamat sama iaitu memperkukuhkan integriti serta memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menurutnya, transformasi SPRM turut dipelopori bekas Ketua Pesuruhjaya seperti Abu Kassim dan Syukri Abdull.

“Tiada ketua pesuruhjaya yang mahu menghancurkan agensi ini kerana niat mereka adalah untuk rakyat. Perkara yang lapuk perlu diperbaharui,” katanya.

Dalam pada itu, Azam berkata, masyarakat sering melihat SPRM sebagai sebuah agensi besar dengan kuasa luas, sedangkan jumlah keanggotaan agensi itu hanya sekitar 3,000 pegawai.

Katanya, tanggungjawab besar melibatkan penyiasatan, pencegahan, pendidikan masyarakat dan tatakelola menyebabkan SPRM perlu sentiasa melakukan pembaharuan serta menggunakan pendekatan baharu dalam pelaksanaan tugas.

Datuk Seri Abdul Halim Aman, bekas hakim Mahkamah Tinggi, telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 13 Mei 2026. Beliau menggantikan Azam yang menamatkan perkhidmatan

Related Posts

Sindiran ‘ubi bombing’ Prabowo serlah kegagalan komunikasi krisis peringkat masyarakat serantau

KENYATAAN Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengenai usul penggunaan tepung ubi untuk memadam kebakaran hutan mencetuskan kebimbangan masyarakat serantau akibat kelemahan strategik komunikasi krisis pentadbirannya. Idea inovatif itu pada asalnya dikemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HKHM 2026: Dari nasi lemak hingga roti canai, rasa Malaysia kekal di hati

PUTRAJAYA – Kaum dan budaya bukan sahaja menjadi identiti Malaysia, malah makanan tempatan turut menjadi antara perkara yang paling dirindui rakyat Malaysia ketika berada di luar negara. Menerusi tinjauan The…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah