Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

CEBU – Malaysia terus memperkukuh peranannya dalam memupuk semangat kebersamaan ASEAN, khususnya dalam usaha mengurangkan jurang pembangunan antara negara anggota menerusi Sidang Kemuncak ASEAN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, persidangan itu bukan sahaja menegakkan pendirian dan prinsip yang selaras dengan norma serta undang-undang antarabangsa, malah menjadi medan untuk memperluas rangkaian perdagangan, meningkatkan pelaburan, memperkukuh pendigitalan serta menjamin keselamatan makanan serantau.

“Walhasil, Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam mempererat hubungan antara negara ASEAN, terutamanya dalam mendepani kemelut bekalan tenaga yang bersifat sejagat dan yang sedang merenggut semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini pada 7 hingga 8 Mei.

Beliau turut diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selain Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Filipina mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Malaysia pada 1 Januari lalu dengan membawa tema “Navigating Our Future, Together” yang berteraskan tiga fokus utama, iaitu Tonggak Keamanan dan Keselamatan, Koridor Kemakmuran serta Pemerkasaan Rakyat.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun