Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

CEBU – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan minyak dan diesel negara kini berada pada tahap lebih stabil hasil pelaksanaan langkah kawalan dan pengurusan yang lebih tersusun di peringkat nasional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan itu dicapai menerusi tindakan proaktif kerajaan termasuk penyelarasan bekalan di bawah Petronas⁠ serta langkah mengawal penggunaan bahan api di dalam negara.

“Kita mengambil langkah lebih proaktif, khususnya di bawah Petronas Kita sudah memastikan bekalan minyak dan diesel dapat diagihkan dengan lebih seimbang.

“Ini juga disebabkan beberapa langkah asas yang kita ambil, termasuk mengurangkan penggunaan RON95 serta memperkukuh kawalan bagi menangani ketirisan diesel.

“Jadi, penggunaan kini jauh lebih rendah. Kita juga mengambil langkah untuk mengimport bekalan dan oleh itu dari segi bekalan, keadaannya tidak lagi setegang seperti dua bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 di sini, pada Jumaat.

Anwar berkata, usaha mengurangkan ketirisan diesel memberi kesan langsung terhadap penurunan kadar penggunaan bahan api berkenaan sekali gus membantu menstabilkan bekalan domestik.

Katanya, langkah itu turut mengurangkan tekanan kepada kerajaan dalam berdepan ketidaktentuan harga tenaga global yang masih dipengaruhi pelbagai faktor termasuk konflik di Asia Barat.

Beliau berkata, isu keselamatan tenaga turut menjadi perhatian utama dalam kalangan negara ASEAN kerana ia memberi kesan kepada rantaian bekalan serantau.

Menurutnya, kenaikan kos bahan api bukan sahaja memberi kesan kepada sektor tenaga, malah turut mempengaruhi harga makanan, baja dan kos pengangkutan.

Sehubungan itu, Anwar berkata, ASEAN terus memperkukuh kerjasama serantau termasuk usaha memastikan negara yang mempunyai lebihan bekalan dapat membantu negara jiran yang memerlukan.

Katanya, pendekatan tersebut penting bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga serantau kekal terjamin serta melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup yang meningkat.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

TAMPIN – Tiada mana-mana individu akan dilindungi sekiranya didapati bersalah berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, prinsip kerajaan jelas iaitu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi