Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

KOTA KINABALU – Program Viral Lab MADANI menjadi platform pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional dalam menghasilkan kandungan video kreatif dan berimpak selaras era digital.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, program anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu memberi pendedahan awal kepada golongan muda mengenai dunia pencipta kandungan digital.

“Ini adalah satu usaha yang baik di mana kita telah mendedahkan kepada pelajar-pelajar kita, generasi muda tentang bagaimana membuat konten-konten video yang menarik.

“Jadi, maknanya kita ajar mereka ini supaya menjadi ‘content creator’ yang satunya kreatif, yang kedua, mereka dapat memasarkan atau memberi publisiti kepada konten-konten mereka.

“Terima kasih kepada FINAS dan juga TikTok yang telah memberi pendedahan awal ini,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Viral Lab MADANI, di Ibis Style Hotel pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, golongan muda perlu bersedia menghadapi cabaran teknologi baharu selain memanfaatkan ekonomi kreatif untuk menjana pendapatan.

“Jadi kita harap anak-anak muda kita dapat ilmu pengetahuan yang baru dan mereka bersedia menemani cabaran teknologi baru.

“Pada masa yang sama mereka boleh menjana pendapatan mereka melalui ekonomi kreatif,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah FINAS, Datuk Hans Isaac berkata, program ini penting dalam memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai penggunaan platform digital secara positif.

“Pertama sekali program seperti ini adalah ‘set the premise’, maksudnya bagaimana untuk gunakan platform-platform seperti TikTok dan juga manfaat daripada menggunakan platform-platform begini.

“Bukan semua orang arif tentang medium seperti ini, jadi tugas FINAS adalah untuk keluar seluruh Malaysia di bawah Kerajaan MADANI dan Kementerian Komunikasi memberi latihan dan taklimat kepada golongan muda mengenai penggunaan platform digital secara beretika serta mengelakkan penyebaran kandungan negatif dan fitnah.

“Kita ingin mengajar generasi muda dan belia-belia di Malaysia, kita boleh gunakan platform ini untuk benda-benda yang ‘positif and stay away from negative’.

“Kami tahu ‘there’s a market for it’ dan anak-anak muda kita nak tahu lebih,” katanya.

Menurut Hans, FINAS bekerjasama dengan TikTok bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kaedah meningkatkan jumlah pengikut dan capaian, selain membantu mereka mengenal pasti kelemahan dalam kandungan video yang dimuat naik.

Related Posts

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

SANDAKAN – Borneo Bird Run kembali menemui masyarakat selepas tujuh tahun berehat apabila edisi keempat acara berkenaan bakal berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, pada 8 November ini. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

MIRI – Seramai 155 pelajar daripada tiga buah sekolah menerima cermin mata secara percuma menerusi inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Miri dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat Des Optics.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka