Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

SANDAKAN – Orang ramai di sekitar daerah ini dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat terbang rendah atau mendengar bunyi penerbangan luar biasa bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan memaklumkan, penerbangan lintas hormat dan demonstrasi udara oleh pesawat AW139 (HOM) akan dilaksanakan di sekitar pusat bandar Sandakan bermula 8 hingga 10 Mei 2026.

“Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada acara dan persiapan sempena penganjuran HTA 26.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas atau bimbang sekiranya melihat pesawat terbang rendah atau mendengar bunyi penerbangan di kawasan sekitar sepanjang tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, aktiviti berkenaan diadakan sempena penganjuran Hari Terbuka Armada 2026 (HTA 26) oleh Markas Wilayah Laut 2.

Katanya, program itu merupakan antara usaha mendekatkan warga TLDM dengan masyarakat setempat selain memberi peluang kepada orang ramai mengenali peranan serta aset TLDM dengan lebih dekat.

TLDM turut memaklumkan aktiviti berkenaan telah dirancang dan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan serta berada di bawah pemantauan pihak berkuasa berkaitan.

Dalam pada itu, TLDM turut mengucapkan penghargaan atas kerjasama dan pemahaman orang ramai sepanjang pelaksanaan aktiviti tersebut.

Orang ramai khususnya warga Sandakan dan kawasan sekitarnya turut dijemput hadir memeriahkan Hari Terbuka Armada MAWILLA 2 Tahun 2026.

Foto: Royal Malaysia Navy

Related Posts

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

TAWAU – Sistem pengurusan hospital di negeri ini terus diperkemas bagi menangani isu kesesakan pesakit serta mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi