Semporna berupaya jadi hab marin lestari bertaraf dunia – Hajiji

SEMPORNA – Semporna berupaya muncul sebagai hab pelancongan marin lestari bertaraf dunia, pusat akuakultur moden serta pengeluar makanan laut premium utama negara.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, daerah itu juga boleh menjadi model pembangunan ekonomi komuniti pesisir serta pusat rujukan kecemerlangan Ekonomi Biru bagi Sabah.

“Semporna bukan sekadar daerah pesisir pantai biasa, sebaliknya adalah nadi dan pemangkin utama kepada transformasi ekonomi Sabah menerusi agenda Ekonomi Biru di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Potensi luar biasa yang dimiliki daerah itu mampu menjana limpahan ekonomi berskala besar sekiranya diurus secara strategik, sekali gus memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk setempat, tetapi juga kepada keseluruhan negeri, ” ujarnya pada Majlis Makan Malam sempena lawatan kerjanya ke daerah itu sempena Tinjauan Keselamatan Ke ESS Zone di Grand Ballroom, Hotel Seafest Semporna, pada Rabu.

Menurut Hajiji, Semporna sudah pun mendahului beberapa inisiatif penting yang boleh dijadikan penanda aras, khususnya dalam sektor pelancongan marin berimpak tinggi dan lestari.

“Pulau Sipadan berjaya melaksanakan sistem kuota pelawat harian yang kini menjadi model pengurusan pelancongan bernilai tinggi dan mampan, sekali gus memastikan keseimbangan antara pemuliharaan alam sekitar dan aktiviti ekonomi.

“Di Taman Marin Tun Sakaran pula, kita menyaksikan sinergi harmoni antara pelancongan, pemeliharaan biodiversiti dan penglibatan komuniti setempat.

“Inilah asas kepada konsep pelancongan berasaskan komuniti yang kita mahu perluaskan kerana ia memastikan kekayaan alam Semporna dipulangkan semula kepada rakyatnya,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji menegaskan bahawa agenda pembangunan besar di Semporna tidak akan menjadi realiti tanpa kepimpinan akar umbi yang kukuh serta komitmen tinggi terhadap prinsip kelestarian.

Justeru, beliau berharap agar pemimpin setempat memainkan peranan lebih proaktif sebagai ‘penjaga utama’ ekosistem dengan membantu penguatkuasaan peraturan, membanteras aktiviti tidak mampan, menggerakkan kempen kesedaran dalam komuniti dan menggalakkan penglibatan generasi muda dalam sektor Ekonomi Biru yang dipacu inovasi dan teknologi moden.

“Kawasan tumpuan seperti Pulau Mabul dan Pulau Kapalai kini berdepan tekanan kepadatan dan pembangunan yang semakin pesat, sekali gus menuntut pendekatan pengurusan lebih berhemah.

“Jika tidak diurus dengan baik, kita berisiko merosakkan aset semula jadi yang menjadi lubuk emas ekonomi negeri. Kelestarian mesti dilihat sebagai satu pelaburan, bukan bebanan,” jelasnya.

Tambah Hajiji, setiap pembangunan di Semporna wajib berteraskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi memastikan keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan kelestarian jangka panjang.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pembangunan yang hanya mengejar keuntungan jangka pendek sehingga menjejaskan masa depan negeri, ” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata,
kerajaan negeri turut mempergiat usaha mentransformasikan sektor akuakultur marin bagi mewujudkan anjakan daripada pengeluaran bahan mentah kepada ekonomi berasaskan nilai tambah.

“Antara fokus utama kerajaan termasuklah peluasan zon akuakultur bersepadu berskala komersial dan pengenalan teknologi sangkar laut moden yang lebih efisien dan mesra alam.

“Ia termasuk memberi sokongan padu kepada pengusaha rumpai laut bagi meningkatkan produktiviti serta memastikan kualiti hasil bertaraf eksport,” katanya.

Related Posts

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan bahawa pendekatan politik yang diamalkannya selama ini bukan petanda kelemahan atau perubahan pendirian politik, sebaliknya merupakan strategi diplomasi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

TAWAU – Kerajaan Sabah diharap dapat menyalurkan dana daripada bayaran interim RM1.5 bilion yang diterima Sabah kepada sektor pelancongan negeri ini yang secara tidak langsung merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. Pembantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini