28 warga asing direman bantu siasatan tipu pelaburan saham

TAWAU – Seramai 28 warga asing termasuk dua wanita direman sehingga Isnin hadapan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian.

Perintah reman empat hari itu dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin terhadap semua suspek berumur antara 21 hingga 51 tahun.

Berdasarkan keterangan kes, pada Rabu, kira-kira pukul 9.20 pagi, pasukan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama Strike Team dan Task Force Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDNKA) menyerbu empat banglo mewah di Bandar Sri Indah, Batu 10, Jalan Apas.

Hasil serbuan, polis menahan 26 lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Vietnam.

Turut dirampas 33 telefon bimbit, tiga komputer riba dan dua set modem internet yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan penipuan berkenaan.

Siasatan awal mendapati sindiket terbabit dipercayai aktif menjalankan penipuan pelaburan saham dalam talian menggunakan beberapa platform media sosial termasuk Telegram, WhatsApp dan KakaoTalk dengan sasaran utama warga Korea Selatan.

Lokasi berkenaan turut dipercayai digunakan sebagai tempat latihan, penginapan dan kawasan rehat ahli sindiket selain pusat operasi.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut termasuk merakam percakapan semua suspek, mengesan saki-baki ahli sindiket yang masih bebas serta mengenal pasti rangkaian kegiatan mereka.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah