Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

IPOH – Seekor harimau belang betina seberat 94 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas memasuki perangkap yang dipasang berhampiran sebuah kandang lembu di Hulu Kinta, dekat Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, pada Rabu.

Haiwan pemangsa itu dikesan berada di dalam perangkap kira-kira jam 12.40 tengah hari hasil operasi yang dijalankan sejak 17 Julai lalu susulan aduan penternak mengenai kehadiran harimau yang mengganggu ternakan mereka.

Pengarah Perhilitan Perak, Mohd Taufik Abdul Rahman berkata, keputusan memasang perangkap dibuat selepas pihaknya menerima beberapa aduan daripada pemilik kandang lembu yang mendakwa ternakan mereka diganggu haiwan liar berkenaan.

“Harimau betina ini dianggarkan berusia tidak melebihi 10 tahun dan berada dalam keadaan sihat. Pemeriksaan mendapati ia hanya mengalami luka ringan pada bahagian muka.

“Penangkapan ini berjaya dilakukan hasil pemantauan berterusan oleh anggota Perhilitan selepas menerima aduan awam mengenai kehadiran haiwan tersebut di kawasan berkenaan,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata, operasi memindahkan Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) itu berjalan lancar dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan aspek keselamatan sepanjang proses berkenaan.

Menurutnya, harimau tersebut akan dihantar ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai untuk pemeriksaan serta tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Mohd Taufik mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak sendiri sekiranya terserempak dengan hidupan liar, sebaliknya segera membuat laporan kepada Perhilitan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mencederakan atau membunuh hidupan liar kerana haiwan yang cedera boleh menjadi lebih agresif dan mengundang risiko kepada keselamatan manusia,” katanya.

Sebelum ini, pada 11 Januari lalu, seekor harimau belang jantan berusia kira-kira dua tahun yang digelar “Yob Kinding” berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap di sebuah kebun durian berhampiran Bukit Kinding, Chemor.

Sehari sebelumnya, seekor harimau kumbang jantan turut berjaya ditangkap di Bukit Bangkong, Chemor.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH