PM tegaskan komitmen Malaysia perkasa agenda serantau BIMP-EAGA

CEBU – Malaysia terus komited memperkukuh kerjasama serantau menerusi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) bagi mempercepat pembangunan ekonomi, meningkatkan keterhubungan serantau dan menjamin kesejahteraan masyarakat di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama dalam platform itu penting untuk memastikan wilayah kurang membangun dan kawasan terpencil turut menikmati limpahan pembangunan secara seimbang dan mampan.

Anwar berkata, rantau ASEAN perlu bergerak secara lebih tersusun dan berani dalam menghadapi cabaran global termasuk krisis tenaga, perubahan iklim serta ketidaktentuan ekonomi dunia.

“Tatkala dunia berhadapan cabaran krisis bekalan tenaga, perubahan iklim dan ketidaktentuan ekonomi global, rantau ini harus tampil dengan pendekatan yang lebih bersepadu dan berani,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Khas BIMP-EAGA di sini, hari ini.

Menurut beliau, Malaysia turut menyokong usaha memperkukuh jaringan tenaga rentas sempadan serta memperluas pelaburan dalam sektor tenaga boleh baharu termasuk penggunaan solar dan sistem mini-grid.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan akses pembangunan dapat dinikmati secara lebih menyeluruh termasuk oleh komuniti di kawasan pedalaman.

“Visi 2035 bukan sekadar dokumen dasar, tetapi cerminan tekad bersama untuk membina sebuah rantau yang lebih berdaya tahan, kompetitif dan manusiawi.

“Dengan semangat ASEAN yang terus menyala, kita akan terus menyokong agenda pembangunan yang memuliakan insan, memperkasa masyarakat setempat dan menyemarak masa depan yang lebih sejahtera buat generasi mendatang,” tambahnya.

Anwar berkata, Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh agenda pembangunan serantau demi memastikan ASEAN kekal stabil, berdaya tahan dan mampu bersaing di peringkat global.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam