Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

TIMBALAN Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh mengingatkan penyokong Pakatan Harapan (PH) supaya tidak bimbang dengan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Hannah yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menyifatkan kerjasama kedua-dua gabungan itu seperti kapal Titanic yang hanya menunggu masa untuk karam.

“Kerjasama itu tidak akan kekal lama kerana ianya dibayangi dengan pengkhianatan dan mereka yang tidak setia kepada sebuah politik persahabatan.

“Saya bandingkan kerjasama mereka seperti kapal dalam filem Titanic yang akan karam bila-bila masa sahaja. Mereka bersorak gembira pada awal pelayaran, namun karam akhirnya akibat melanggar bongkah ais besar yang gagal dilihat berada di depan,” katanya melalui catatan di Facebook hari ini.

Hannah membuat kenyataan itu selepas berkempen di Kuala Klawang, Jelebu, bagi membantu calon PH, Bakri Sawir mempertahankan DUN Klawang yang dimenanginya pada 2018 dan 2023.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Segambut itu mendakwa BN dan PN akan saling memijak untuk naik kerana masing-masing mempunyai cita-cita politik sendiri, termasuk mahu menguasai kerajaan dan menentukan calon perdana menteri.

Menurut Hannah, kedua-dua gabungan itu juga tidak mahu rakan kerjasama mereka lebih berjaya kerana masing-masing hanya mahu mengangkat kepimpinan parti sendiri.

“Begitulah perumpamaan kerjasama BN dan PN hari ini. Mereka seperti kapal Titanic yang hanya menunggu masa untuk karam kerana tidak memiliki nilai politik persahabatan,” katanya lagi.

PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini menyaksikan PH bertarung di kesemua 36 kerusi dan digempur calon BN dan PN yang mengelakkan pertindihan sesama mereka, selain cabaran Bersatu serta beberapa parti kecil dan calon Bebas.

Daripada keseluruhan 36 kerusi, BN bertanding di 25 DUN manakala PN mempertaruhkan calon di 11 DUN.

Kerjasama pilihan raya BN-PN itu tidak melibatkan Bersatu, yang mendakwa diketepikan daripada rundingan pembahagian kerusi sebelum memutuskan bertanding secara berasingan menggunakan lambangnya sendiri di 24 DUN.

Sementara itu, Hannah berkata, kesetiaan parti-parti dalam PH telah terbukti menerusi perjuangan mereka mempertahankan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Kami kekal dengan hanya seorang kapten dalam sebuah nakhoda.

“Memenangkan calon-calon Pakatan Harapan adalah simbol kita mempertahankan nilai sebuah politik persahabatan.

“Ia tidak ada dalam mana-mana kerjasama politik selain PH. Kekal PH, akan kekallah kerajaan dan para pemimpin yang setia dengan nilai politik persahabatan ini. Percayalah…” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit