PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

PAKATAN Harapan (PH) dilihat mempunyai kelebihan dari segi sokongan politik yang lebih menyeluruh di Negeri Sembilan berbanding Barisan Nasional (BN), terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16) akan datang.

Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, kekuatan PH di negeri itu tidak boleh dinilai hanya berdasarkan satu ceramah mega, namun gabungan beberapa parti utama dalam PH memberi kelebihan dari sudut sokongan yang lebih meluas.

Beliau berkata, sambutan besar terhadap program politik yang menghimpunkan pimpinan tertinggi PH sememangnya mampu menarik perhatian rakyat, khususnya apabila membincangkan isu semasa yang dekat dengan masyarakat.

“Adalah sangat berbahaya untuk menilai kekuatan sambutan sesebuah parti politik hanya berdasarkan satu ceramah yang dianggap mega, kerana sememangnya ia akan mendapat sambutan apabila yang hadir terdiri daripada pimpinan tertinggi PH.

“Tambahan pula, isu yang dibincangkan ialah isu yang menarik perhatian ramai yang mudah mendapat sokongan daripada para penyokong,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP) pada Khamis.

Pada Rabu, Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH menjadi platform untuk menperjelaskan isu semasa yang berlaku antara parti komponen.

Pimpinan PH sebulat suara menzahirkan bahawa krisis di Negeri Sembilan mempunyai pelajaran tersendiri yang menjadikan gabungan itu lebih kukuh.

Turut hadir, Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengerusi PH negeri yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut beliau, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 menunjukkan kekuatan PH dan BN di Negeri Sembilan berada pada tahap hampir seimbang, namun PH mempunyai kelebihan kerana struktur gabungannya yang merangkumi beberapa parti utama.

“Kekuatan PH dan BN lebih kurang seimbang. Cuma kelebihan bagi saya di pihak PH ialah kekuatan mereka lebih inklusif kerana merupakan gabungan tiga parti utama.

“Manakala UMNO dan BN pula hanya bergantung kepada kekuatan sokongan mereka sendiri,” katanya.

Pada masa sama, Azmi berkata, Negeri Sembilan kini dilihat sebagai antara negeri penting untuk mengukur keberkesanan kerjasama politik menjelang PRU16 akan datang.

Ujarnya, kekuatan PH yang disokong beberapa parti komponen memberi ruang lebih besar untuk memperluaskan pengaruh dan menarik sokongan pengundi pelbagai kelompok.

“Dalam konteks ini, Negeri Sembilan dikatakan sesuai dijadikan medan untuk mengadakan pertemuan atau menguji pengaruh kerana kekuatan PH dan BN di negeri itu adalah sama kuat,” katanya.

Related Posts

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

IPOH – Kerajaan MADANI bersedia meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh serta kewangan kerajaan mengizinkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak bagi penubuhan Makmal MyBIM Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan teknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026