Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

ALOR SETAR – Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 per hektar dianggap sebagai ‘penyelamat awal’ kepada pesawah yang bergelut dengan kenaikan kos operasi dan kekangan air ketika ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, keputusan itu memberi kelegaan besar kepada pesawah untuk segera memulakan kerja penyediaan tanah tanpa perlu menunggu bantuan penuh disalurkan.

Katanya, reaksi cepat kerajaan membuktikan keprihatinan terhadap keluhan golongan pesawah yang terkesan akibat kenaikan kos upah dan harga diesel susulan faktor global.

“Langkah memberi pendahuluan ini sangat positif kerana pesawah boleh terus bergerak melakukan pembajakan dan penyediaan tanah lebih awal.

“Ini penting supaya kitaran penanaman tidak terus tertangguh,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dr Ismail berkata, sebelum ini ramai pesawah berdepan kesukaran untuk memulakan kerja kerana perlu menanggung kos sewaan jentera yang semakin meningkat.

Katanya, walaupun kerajaan sudah menaikkan kadar insentif pembajakan, keperluan sokongan tambahan seperti subsidi bahan api secara bersasar masih menjadi antara tuntutan utama pesawah.

“Pesawah berharap satu skim seperti ‘fleet card’ dapat diperkenalkan seperti mana sektor lain, bagi mengurangkan beban kos operasi.

“Namun, peningkatan insentif upah yang diumumkan kerajaan ketika ini sudah membantu mengurangkan tekanan mereka, jadi MADA mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, isu kekurangan air di kawasan empangan turut menjadi cabaran utama yang menyebabkan kelewatan musim penanaman kali ini.

Katanya, paras takungan air yang rendah memaksa MADA melaksanakan beberapa langkah termasuk Operasi Pembinaan Awam (OPA) bagi memastikan bekalan air mencukupi.

“Kita akui berlaku sedikit kelewatan kerana menunggu air, namun usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan jadual penanaman dapat disusun semula.

“Kita harap walaupun berlaku sedikit pertindihan jadual berikutan isu ini, ia masih boleh dikawal dan kembali kepada jadual asal,” katanya.

Semalam, kerajaan bersetuju menyalurkan bayaran pendahuluan RM200 sehektar kepada pesawah berdaftar di seluruh negara bagi memastikan aktiviti penanaman padi tidak terjejas.

Beliau berkata, langkah itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM48 juta dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 240,000 pesawah.

Katanya, pemberian itu sebahagian daripada Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) yang sebelum ini dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar.

Related Posts

Operasi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal berakhir, nasib lebih 450 pekerja jadi persoalan

KEMAMAN— Operasi kilang bioteknologi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal ditamatkan pada 15 Oktober ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai nasib lebih 450 pekerja yang dikatakan terkesan. Maklumat ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga Myanmar mabuk belasah polis didakwa di mahkamah

RAUB – Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lepas. Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir