Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelaksanaan itu dimulakan melalui projek rintis di Medan Niaga Kampung Melayu Majidee yang kini memberi manfaat kepada lebih 4,000 ketua isi rumah di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, setiap penerima akan memperoleh baucar bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi membeli keperluan harian di medan selera tersebut.

“Inisiatif ini merupakan antara usaha berterusan kerajaan negeri untuk meringankan beban rakyat, di samping merangsang ekonomi tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Onn Hafiz menjelaskan, Baucar Kasih Johor diinspirasikan daripada model pembangunan komuniti di Geylang Serai yang berjaya menggabungkan elemen kebajikan rakyat dan pembangunan ekonomi setempat secara tersusun.

Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan inisiatif itu memberi penekanan terhadap standard yang tinggi, termasuk aspek kebersihan, kualiti makanan serta perkhidmatan melalui pemantauan dan penguatkuasaan yang konsisten.

“Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat dari segi kos, tetapi juga memperkasa peniaga tempatan dengan ekosistem perniagaan yang lebih moden dan teratur,” ujarnya.

Tambah beliau, sekiranya projek rintis ini menunjukkan impak positif, kerajaan negeri bercadang untuk memperluaskan pelaksanaannya ke seluruh Johor melibatkan semua 16 PBT secara berfasa.

Inisiatif tersebut diharap mampu memberi kesan jangka panjang dalam membantu rakyat serta merancakkan ekonomi setempat secara mampan, selaras dengan aspirasi membangunkan kesejahteraan Bangsa Johor.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar